Umum Menerusi Instagram Live, Bella Astillah Dedah Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan Julai Ini

Hiburan

Umum Menerusi Instagram Live, Bella Astillah Dedah Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan Julai Ini

Walaupun timbul spekulasi bahawa mereka sudah bersama semula, ramai yang nyata terkejut apabila Bella Astillah mendedahkan bahawa dia sebenarnya sudah pun kembali dengan Aliff Aziz semasa masih lagi dalam tempoh iddah.

Bahkan lagi menyebabkan netizen terpinga-pinga apabila wanita itu berkongsi bahawa dia kini sedang hamil anak kedua. Nampaknya penyanyi tersebut berjaya menyorokkan kandungannya itu daripada pengetahuan ramai sebelum mengakuinya di ruangan komen Instagram selepas ditanya peminat.

Advertisement

bella astillah hamil anak perempuan

Rata-rata peminat tidak putus-putus mendoakan agar Bella selamat sepanjang proses kehamilan ini dan juga tidak sabar untuk melihat adik kepada Mohamad Ayden Adrean, anak pertamanya bersama Aliff Aziz.

Kelmarin, pasangan tersebut telah membuat kejutan dan berkongsi jantina cahaya mata kedua mereka itu menerusi Instagram Live. Tapi sayangnya mereka tidak dapat bersama dek Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang berlangsung.

Daripada video yang dimuat naik, Aliff dikelilingi oleh keluarga rapatnya termasuklah adik, Aisyah Aziz di Singapura manakala Bella pula bersama dengan Ayden di Malaysia semasa siaran langsung ini.

Daripada perkongsian itu, pasangan bagai pinang dibelah dua itu dikhabarkan bakal menimang cahaya mata perempuan dan Bella dijangka akan bersalin pada Julai nanti sekiranya semua berjalan dengan lancar.

Menerusi ruangan komen, semua peminat membanjiri Aliff dan Bella dengan ucapan tahniah selain meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat adik baru Ayden nanti.

Tahniah Bella dan Aliff! Semoga segala urusan dipermudahkan.

Sumber: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...