February 28th, 2018

Ude Wahid memberitahu Berita Harian Online bahawa dia tidak lagi mempunyai hati kepada isteri pertamanya justeru tiada sebab untuk terus mempertahankan perkahwinan mereka.

Gambar: Berita Harian

Ude juga kecewa dengan tuduhan melulu netizen mengatakan dia bapa tidak bertanggungjawab.

Agak lama juga saya membuat pertimbangan dan perpisahan adalah jalan terbaik. Bagaimanapun, kebajikan isteri pertama dan dua anak kami, Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 1, tidak akan diabaikan.

Ketika ini, mereka tinggal bersama isteri pertama, tetapi saya bebas mengambil untuk bermalam pada bila-bila masa.

Saya kecewa dilemparkan tuduhan melulu netizen yang menganggap saya sebagai bapa yang tidak bertanggungjawab. Apa juga yang terjadi antara saya dan isteri pertama, itu masalah kami. Tidak perlu mengaitkan anak saya.

Buat masa ini, dia masih belum melafazkan cerai kerana perlu berbincang menenai nafkah dan hak penjagaan anak.

Saya masih belum melafazkan talak terhadap Intan Liana. Ketika ini, kami dalam proses perbincangan mengenai nafkah dan hak penjagaan anak.

Saya terkejut apabila dikatakan sudah melafazkan cerai terhadap isteri pertama, sedangkan ia baru sebutan kes.

Intan Liana Saleh, isteri pertama Ude bagaimanapun memberitahu masih sayangkan suaminya dan tidak tahu mengapa Ude ingin menceraikannya.

Ude telah memfailkan permohonan cerai terhadap Intan pada 30 November tahun lepas, hari yang sama Intan membuat pendedahan kepada Utusan Online bahawa suaminya telah bernikah dengan Izreen Azminda secara rahsia pada Ogos.- beautifulnara.com


70 responses to “Ude Wahid Akui Sudah Tiada Hati Pada Isteri Pertama, Perpisahan Jalan Terbaik”

  1. sue says:

    jahat Ude dgn izreen.. yang izreen dah ambil laki orang..patut bantu ude untuk baiki hubungan dengan intan.. hubungan dengan mertua.. ini tidak… konon tak nak ambil tahu.. taknak bagi komen..
    Tak apa.. Allah maha melihat.. roda itu bulat.. seketika kau diatas, seketika nanti kau akan ada dibawah..
    Ya Allah…kau bantu lah intan dan anak2 …kau berikan ketabahan pada dia.. kasih sayang dari org sekeliling dan lindungi dari anasir jahat dari orang yang zalim.Kau beri lah rezeki yang berpanjangan kepada intan dan anak anak… ameen.. amen YRA.

  2. jadore says:

    begitulah klu org yg kita syg dan bergantung harap agar menjadi suami yg baik dan menyayangi kita dan anak2 sehingga akhir hayat bila sudah xde hati lg dgn kita… apabila terpacul ayat spt itu maka kita diibaratkan spt kain kesat kaki… segala pengorbanan kita.. susah senang bersama tidak bermakna lg… buat Intan bertabahlah dan redha dgn takdir ini dan qada dan qadar Allah tetapkan buat kita sebagai hambaNya… bersyukur krn kita terpilih sebagai hambaNya yg menerima dugaan dan ujianNya… percayalah Intan… ade hikmah yg menanti disebalik kekecewaan yg Intan hadapi skrg… suami hanya pinjaman dan harta yg kekal ialah kedua2 anak Intan…. In shaa Allah apabila dia tersedar dr lena dan mimpi indahnya… maka disitulah hikmahNya… tipulah klu x rasa kesedihan dan kepedihan apabila kita dilepaskan… hanya Allah SWT saja yg tahu apa yg kita rasa dan lalui… mengadulah… menangislah sepuas2nya dgn Allah SWT… sesungguhnya doa2 org yg teraniaya tiada hijabnya…

  3. Anonymous says:

    kurus dh intan ni haa. dulu masa mula2 kisah diorg kuar takde la dia sekurus ni. kesian :(

  4. wonder woman says:

    come on la intan..enough with crying! sekalipun kau sedih dan lemah, jgn tunjukkan di hadapan org..kau kena kuat..jgn tunjuk kelemahan kau..jgn tunjuk kau hadap sgt dgn laki kau..kau pun boleh survive tanpa dia..in fact kau akan rasa lebih bahagia lepas ni..hidup kau takkan terseksa lg..sayangi diri kau dan anak2 kau dulu..

  5. mak cute says:

    cpt tul lupa jasa isteri pertama gara2 kerang busuk tu…mcm2 buruk bini pun ko cm jaja dlm IG sblm ni ude oiii…mesti kerang busuk si izreen bangga bab ude ceraikan 1st wife demi dia…

Loading...