Walaupun hasrat untuk berkahwin tidak kesampaian serta dihimpit dengan pelbagai isu, penyanyi Awi Rafael tetap positif dan mendoakan agar bekas tunangnya, Atikah Suhaime dapat meneruskan kehidupan dengan baik.
Awi menerusi akaun Instagramnya membuat ucapan terakhir buat Atikah yang ringkas tetapi bait-bait yang ditulis itu agak menyentuh hati.
Pada masa yang sama, beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak henti memberikan sokongan dan kata-kata semangat.
Minggu lalu, Awi membuat kejutan dengan mengumumkan pembatalan perkahwinannya dengan Atikah yang sepatutnya diadakan pada 17 Mac lalu. Bagaimanapun, takdir menentukan segalanya. Setiap apa yang berlaku pasti mempunyai hikmahnya tersendiri.