Ucap ‘Happy Birthday’ Buat Elfira Di Twitter, Peminat Minta Sufian Suhaimi ‘Move On’

Hiburan

Ucap ‘Happy Birthday’ Buat Elfira Di Twitter, Peminat Minta Sufian Suhaimi ‘Move On’

Episod duka dan derita putus tunang Sufian Suhaimi dan Elfira Loy nampaknya masih belum berakhir. Penyanyi itu sekali lagi menjadi bualan ramai apabila menjadi antara orang terawal mengucapkan selamat hari jadi kepada bekas tunangnya itu menerusi laman Twitter.

Advertisement

Untuk makluman anda, semalam merupakan ulang tahun kelahiran Elfira yang ke 24. Walaubagaimanapun, Elfira kini berada di Hong Kong bersama adiknya.


Ucapan ringkas Sufian mendapat perhatian netizen yang rata-rata memberikan komen positif agar Sufian dapat meneruskan kehidupannya dengan lebih baik dan melupakan kisah luka yang lalu. Dalam erti kata lain, mereka mahu beliau “move on”.

Tahun lalu, Sufian membuat kejutan istimewa buat Elfira apabila menghadiahkan 23 kuntum bunga ros merah. Sufian sanggup menghantar bunga tersebut ke rumah Elfira pada tengah malam. Mulai saat itu, ramai yang percaya mereka sedang dilamun cinta.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...