Tunku Mahkota Johor Bertitah Henti Mengurung Rakyat & Patut Kaji Semula SOP

Berita

Tunku Mahkota Johor Bertitah Henti Mengurung Rakyat & Patut Kaji Semula SOP

Sehingga kini Malaysia masih menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan semakin ramai rakyat hilang arah tuju.

3 years ago

(VIDEO) "Classy Tunku" - Gaya Hidup Mewah TMJ Buat Netizen Teruja

Advertisement

Malam tadi, Tungku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut menyatakan pendapat bahawa SOP yang ditetapkan pihak kerajaan ini patut dikaji semula secara holistik dengan data yang sahih.

TMJ meluahkan pandangan ini di Facebook rasmi HRH Crown Prince of Johor dan berpandangan tindakan ‘mengurung’ rakyat yang sudah hampir dua bulan tidak relevan lagi selain statistik Covid-19 harian masih mencatatkan jumlah kes yang tinggi.

TMJ

Gambar sewaktu perjumpaan TMJ dengan YAB Datuk Haji Hasni Bin Mohammad, Menteri Besar Johor, YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, EXCO Pelancongan, Belia dan Sukan, dan YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor. – Kredit: HRH Crown Prince of Johor

Rakyat kini sudah dikurung hampir dua bulan dan saya bimbang rakyat kini mengalami masalah kesihatan mental dan fizikal yang teruk. Di samping itu, masalah sosioekonomi juga tertimbul akibat situasi ini yang berpanjangan.

Saya berpendapat bahawa SOP patut dikaji semula secara holistik dan berasaskan data yang sahih. Setakat mengurung rakyat sudah tidak lagi relevan. – Titah Baginda.

TMJ

Kredit: HRH Crown Prince of Johor

Dalam pada itu, TMJ turut telah bertitah untuk pihak kerajaan negeri Johor untuk mempercepatkan proses vaksinasi Bangsa Johor dan berharap agar berjaya mengatasi pandemik ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...