“Tunggu I Kat Syurga…” – Sempat 18 Hari Bergelar Isteri, Ibu Mentua Teman Ambil Kad Nikah Tanpa Suami

Kehidupan

“Tunggu I Kat Syurga…” – Sempat 18 Hari Bergelar Isteri, Ibu Mentua Teman Ambil Kad Nikah Tanpa Suami

Setiap wanita yang berkahwin pasti mengimpikan perkahwinan yang bahagia di sisi suami tercinta. Namun, siapalah kita untuk menidakkan takdir dan ketentuan-Nya. Jodoh, pertemuan, ajal dan maut itu semua ketentuan Tuhan.

Tular sebuah video di TikTok menceritakan tentang seorang wanita ditemani ibu mentua untuk mengambil kad nikahnya dipercayai di Melaka.

Melalui video berkenaan, wanita itu berkongsi perasaanya selepas dia diajak ibu mentuanya untuk mengambil kad nikah tanpa kehadiran suami di sisi yang meninggal dunia akibat kemalangan.

Advertisement

Time ni tangan shaking, sedih sangat hati ini. Ambil kad nikah tanpa suami yang hanya bertemankan ibunya. Tapi aku tak turun, mama yang ambil.”

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat ibu mentuanya yang tidak dapat menahan sebak selepas ditanya beberapa soalan oleh pegawai bertugas semasa mengambil kad nikah anaknya.

Sejurus wanita itu mengambil kad nikah tersebut. Dia dan ibu mentuanya dilihat menziarahi kubur arwah suaminya di akhir video.

Suami kepada wanita ini, Anwarie Azim Rozie, 23, meninggal dunia pada 19 Januari yang lalu selepas terlibat dalam satu kemalangan di Alor Gajah.

Semoga wanita ini terus cekal dan tabah mengharungi hari harinya tanpa seorang insan yang bergelar suami di sisi.

diela
2 years ago

10 Tahun Tunggu Zuriat, Wanita Ini Diuji Suami Meninggal Ketika Hamil 7 Bulan

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...