Tular Video Pasangan Remaja Bercumbu, Nora Ariffin Akui Itu Anak Gadisnya Dan Minta Beri Ruang

Hiburan

Tular Video Pasangan Remaja Bercumbu, Nora Ariffin Akui Itu Anak Gadisnya Dan Minta Beri Ruang

Baru-baru ini telah tersebar sebuah video seorang remaja lelaki dan perempuan bercumbu di laman Twitter di mana sumber asalnya adalah daripada TikTok. Dek perbuatan tidak senonoh itu, netizen semua melemparkan kecaman terhadap pasangan tersebut.

anak gadis nora arrifin bercumbu

Advertisement

Namun mengejutkan apabila identiti gadis di dalam video tersebut rupanya ialah anak perempuan kepada penyanyi popular tanah air iaitu Nora Ariffin. Mungkin selepas digasak ramai, wanita itu mengakui perkara tersebut di laman Instagramnya tadi.

Nora sendiri mendedahkan bahawa dia terkilan dengan insiden tersebut selain menjelaskan bahawa dia sudah melakukan yang terbaik dalam mendidik anak-anak ke jalan yang betul.

anak gadis nora arrifin bercumbu

“Allahuakbar. Dengan penuh rasa terkilan. Saya mengaku gadis itu adalah dia. Sebagai seorang ibu kami telah cuba sedaya upaya untuk mengajar, membimbing dan mendidik, serta memberikan apa yang terbaik dan termampu dalam kapasiti yang terbatas. Namun, sebagai seorang manusia kita tidak boleh lari daripada membuat kesilapan.”

Nora kemudiannya menutup entri tersebut dengan menjelaskan bahawa anaknya itu masih muda dan ada banyak lagi kesempatan untuk belajar daripada kehidupan. Malah wanita tersebut turut mengakui bahawa dia juga mempunyai kelemahan sebagai seorang ibu.

Selepas video itu tersebar di Twitter, Putri Nor Dahlia sendiri telah tampil dan menjelaskan cerita sebenar. Katanya, insiden itu berlaku bukan atas kerelaan sendiri dan dia cuba ke belakang untuk mengelak tapi tidak berjaya.

Malah dia bergaduh dengan teman lelakinya itu selepas video itu dirakam dan memutuskan hubungan mereka.

anak gadis nora arrifin bercumbu anak gadis nora arrifin bercumbu anak gadis nora arrifin bercumbu

anak gadis nora arrifin bercumbu

Harapnya perkara ini dapat diselesaikan di antara Dahlia dan keluarganya.

Sumber: Twitter & Instagram Nora Ariffin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...