Tular Video Makcik ‘Cleaner’ Mahir Berbahasa Jepun, Rupa-Rupanya Boleh Cakap Arab & Jerman Juga!

Kehidupan

Tular Video Makcik ‘Cleaner’ Mahir Berbahasa Jepun, Rupa-Rupanya Boleh Cakap Arab & Jerman Juga!

Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang tukang cuci di Masjid Negara dilihat fasih bertutur bahasa Jepun dengan delegasi negara matahari terbit yang hadir pada minggu lalu.

Dalam video yang menjadi ‘viral’ itu, wanita yang dikenali sebagai Kak Ning atau nama sebenarnya Nirmaningsih Mawi itu turut mengajar para delegasi mengenai cara menggunakan bahasa Melayu dengan mudah kepada mereka.

Advertisement

Kak Ning yang ditemui Harian Metro tampil menjelaskan bahawa dia bukanlah seorang pensyarah seperti yang didakwa sesetengah netizen namun hanyalah seorang insan biasa.

Dia sebelum ini bekerja sebagai pemandu pelancong namun bertukar kerja sebagai tukang cuci berikutan pandemik COVID-19 yang melanda negara beberapa tahun lalu.

Mengimbas kenangan sebagai pemandu pelancong, Kak Ning memberitahu bahawa dia memulakan kerjaya pada tahun 1990 selama empat tahun di bawah sebuah syarikat agensi pelancongan sebelum bergerak secara bebas.

Atas tuntutan kerja, dia kemudiannya mengambil kursus bahasa seperti Bahasa Inggeris, Jepun, Arab dan Jerman.

Kiranya saya boleh bertutur dalam lima bahasa cuma banyak berurusan dengan pelancong dari Jepun.

Saya belajar Bahasa Jepun ketika mengikuti kursus Intensif Dasar Pandang Ke Timur selama 6 bulan di Wisma Belia, Jalan Syed Putra, selepas mendapat tajaan biasiswa daripada JPA.

Meskipun kini dia bekerja sebagai tukang cuci di Masjid Negera,  Kak Ning tidak pula meninggalkan sepenuhnya kerjaya sebagai pemandu pelancong kerana masih melakukannya pada hujung minggu.

Ketika ditanyakan mengenai kisahnya yang menjadi tular di media sosial, Kak Ning tidak menyangka ia akan menjadi perbualan netizen.

Tak sangka ia tular sebegitu rupa, hakikatnya saya orang biasa saja namun terima kasih kepada semua yang mendoakan.

Kak Ning juga sempat menitipkan pesanan kepada mereka di luar sana terutamanya anak muda agar tidak memilih kerjaya dan cuba untuk belajar lebih banyak bahasa untuk kegunaan pada masa hadapan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

sewa rumah dunia nak kiamat
2 years ago

“Dunia Nak Kiamat Dah” - Harga Rumah Terlalu Mahal, Netizen Setuju Lebih Baik Sewa Daripada Tambah Hutang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...