Tular Video Lelaki Terjun Tasik Cermin, MBI Ipoh Beri Amaran

Berita

Tular Video Lelaki Terjun Tasik Cermin, MBI Ipoh Beri Amaran

Tular semalam mengenai sebuah video TikTok yang memaparkan seorang lelaki bertindak terjun ke dalam tasik yang menjadi tumpuan pelancong iaitu Tasik Cermin yang terletak di Ipoh.

Dalam video tersebut, seorang lelaki berpakaian serba hitam telah terjun ke dalam tasik seolah sedang mandi-manda di kawasan rekreasi tersebut.

Advertisement

Rakaman berdurasi sekitar 15 saat itu ternyata telah mengundang pelbagai reaksi dan kritikan daripada netizen yang rata-rata meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan tersebut.

 

“Kalau tiada benda untuk diselamatkan dalam tasik itu, janganlah terjun. Elok nanti tempat ni jadi menarik tukar jadi berhantu pula.” ujar seorang individu.

“Orang Ipoh pun tak ada nak buat macam itu, tak pasal tempat ini tutup nanti.” komen seorang lagi netizen.

Sementara itu, pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang dihubungi Kosmo! memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak mandi manda di tasik tersebut.

Sebuah kertas siasatan juga akan dibuka untuk mengetahui punca sebenar kejadian.

Bayar saman lanjut
2 years ago

Tak Sempat Bayar Saman Dengan Diskaun? JPJ Lanjutkan Tempoh Bayaran Sehingga 15 Disember

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...