Rasanya ramai yang mengetahui bahawa tali pertunangan di antara pasangan ‘hot’ iaitu Zara Zya dan Hafreez Adam telah pun sampai ke titik noktahnya. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba mereka mengumumkan perpisahan walaupun baru sebulan bertunang.
Baru-baru ini, khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa punca sebenar keretakan hubungan pasangan itu adalah kerana Zara Zya sebenarnya mempunyai hubungan cinta lain dengan pasangan sejenis. Apa?
Ini berikutan sebuah video yang tular di media sosial di mana terpapar mesej perbualan mesra Zara Zya dengan seorang wanita lain.
View this post on Instagram
Cuba memadamkan api gosip ini, pelakon wanita itu telah tampil dan menjelaskan bahawa semua itu hanyalah salah faham dan dia hanya berkawan baik dengan wanita berkenaan.
Saya dan wanita itu cuma kawan baik. Video mesej yang tular itu sekadar komunikasi antara kawan.
Pelakon wanita itu juga berkeras menafikan gosip yang dia putus dengan Hafreez adalah kerana kehadiran orang ketiga itu.
Sumpah perkara itu bukan puncanya. Kami cuma berkawan. Paling penting, saya bukan ke arah itu (hubungan sejenis).
Orang lain pun mesti pernah menghantar mesej sayang dengan kawan perempuan kan?
Rupanya Zara sendiri bingung kenapa wanita itu mendedahkan mesej perbualan mereka. Wanita tersebut juga mengatakan bahawa dia sudah meminta penjelasan daripada rakan baiknya itu namun masih tidak pasti apakah motif disebaliknya.
Disoal mengenai berita ‘panas’ itu, Hafreez menolak dakwaan bahawa bekas tunangnya itu sebenarnya tidak ‘straight’.
Video itu bukan punca kami putus, malah sepanjang mengenali Zara, dia sangat manja dan tidak pernah pula berkelakuan pelik.
Lelaki itu juga tidak mahu mengulas panjang mengenai hal tersebut kerana Zara Zya bukan lagi tunangannya.
Ratu Lada
December 19, 2019 at 4:40 pm
Biasa ja conversation Zara Zya tu… aku rasa ppuan tu yang feeling lebih… shame on you girl!
Anonymous
December 19, 2019 at 2:59 pm
Ye la …aku pun walau pun dah tua tua tcm ni ..siap i love you pelbagai …. Tapi tak ada lah songsang nafsu ..normal la ..bodoh
Rasa Lain Macam
December 19, 2019 at 2:44 pm
Kan, part tu sebenarnya yg suspicious. Bukan sayang2 tu. Especially part yg that women nak jealous2 tanya dah balik dgn ‘dia’ ke. Pastu zara zya pun marah jawab ‘I dgn u ada apa-apa ke?’ Means that dia pun tahu that women crossed the friendship line already.
Anonymous
December 19, 2019 at 2:32 pm
ZARA ZYA I THINK U HAVE CHOSEN THE WRONG FREN WALAUMACAMANA BAIK DGN ORG ,PERPADA PADA NOT UNLESS SHE IS OUR SIBLINGS COUSIN KE APA,DO NOT TRUST SOMEONE GOT IT.SORRY FOR UR BREAK ENGAGEMENT NEWS-TO ME IN EUROPE PARTS PANGILAN LUV-SAYANG IS NOTHING,THANKS LUV WATSOEVER ESPECIALLY KAT UK WHEN BELI BELAH PEOPLE USED DATS WORDS.LUMRAH,ZARA FRM NOW ON DONT CHOOSE BADDY FREN NOMATTER HOW LONG U KENAL DIA-SOME PEOPLE HAD AN ENVY FEELINGS U NEVER KNOW,BE WARE,GD LUCK IN UR CARRIER.
Anonymous
December 19, 2019 at 2:13 pm
dah x suka x pyhla ckp songsang bagai….