Exco Agama Islam, , Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni memaklumkan bahawa Imam yang terlibat dalam insiden menghukum seorang remaja yang mencuri wang tabung masjid dengan cara dimandikan jenazah, telah meletakkan jawatannya, lapor Free Malaysia Today.
Maklum Zawawi, Imam berkenaan telah diminta untuk melepaskan tugasnya setelah dia diberitahu oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkenaan perkara itu.

Tampil mengulas insiden tersebut, Zawawi berkata tiada sesiapa mempunyai hak untuk mengambil tindakan atau menjatuhkan hukuman di tangan sendiri.
Imam tidak boleh menghukum seseorang sebelum siasatan dijalankan, sepatutnya kita harus memberikan kenyataan kepada polis dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa.
Kewajipan imam adalah memberi nasihat dan bimbingan kepada individu yang bermasalah dan tidak menghukum.
Tambahnya, kejadian seperti itu bukan sahaja menjatuhkan maruah remaja terbabit malah dapat memberi persepsi buruk tentang sikap pengurusan institusi masjid.

Terdahulu, media melaporkan mengenai sebuah video yang tular memaparkan seorang remaja dihukum mandi seperti jenazah akibat cuba mencuri tabung masjid.
Remaja berkenaan telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman penjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang, semalam.
Anonymousjugak
January 15, 2022 at 3:59 pm
@ Anonymous…Mmg rasuah tu salah tapi apa boleh buat dah msia boleh…yang mencuri ni pun salah. Tetapi Imam tu tak boleh buat tindakan sendiri. Patutnya dia serahkan pada police biar police yang jalankan kerja. Ni dah kasi viral sampai overseas…salah disitu. Ingat tak case George Floyd diUS? Kalaulah budak ni mati masa dorang tenyeh dengah air dan sabun ke, kapur tu apa dah jadi…Sabar separuh dari iman…bukan anak Imam habis Imam & gang kerjakan. Harap budak ni pun berubah la…
Anonymous
January 15, 2022 at 12:28 pm
Menteri curi duit rakyat, rasuah knapa kebal sgt ya? Bkan ratus.. berjuta duit tu. X faham lah institusi agama di Malaysia ni. Rakyat curi duit tabung, penjara. Imam bagi pengajaran disuruh letak jawatan. B****