Tular Foto Naik Jet Peribadi Bercuti Di Langkawi, Datuk Rizalman Curi Perhatian Peminat

Hiburan

Tular Foto Naik Jet Peribadi Bercuti Di Langkawi, Datuk Rizalman Curi Perhatian Peminat

Pereka fesyen ternama, Datuk Rizalman Ibrahim bersama kedua-dua anak lelakinya dilaporkan telah bercuti ke Pulau Langkawi.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah keberangkatan Rizalman dan keluarganya ke pusat perlancongan terkenal itu dengan menaiki jet peribadi.

Advertisement

Rizalman Ibrahim
3 years ago

Dah Tak Ambil 'Followers' Baru Di IG, Rizalman Hanya Bersuka-Ria Dengan Pengikut Yang Sedia Ada

Ia menjadi lebih hangat apabila dikatakan jet peribadi yang dinaiki Rizalman itu kepunyaan pereka fesyen tersebut seperti didakwa oleh sesetengah netizen.

Rizalman Naik Jet PeribadiSumber : Instagram Datuk Rizalman  

Ia sekaligus telah meraih pujian dan ramai netizen kagum dengan Rizalman yang menyifatkan personaliti itu sebagai seorang yang tidak sombong malah baik hati.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial mendoakan kesejehateraan buat Rizalman yang kini bergelar usahawan agar sentiasa diberkati dunia akhirat.

“Suka tengok Datuk Rizalman ni, jenis tak sombong. Semoga Allah sentiasa lindungi beliau sekeluarga di dunia dan akhirat.” tulis seorang warga net.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang meluahkan rasa bangga dengan kejayaan Rizalman sebagai anak Melayu berikutan dia sedikit sebanyak telah berjaya menepis kata-kata kurang manis berkaitan sikap kaum itu yang selalunya dikaitkan dengan malas berusaha.

Difahamkan juga, Rizalman dan keluarga menginap di sebuah villa mewah dan turut berkongsikan aktiviti riadah yang dilakukan mereka anak beranak ketika berada di sana di media sosial miliknya untuk tatapan peminat.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Datuk Rizalman Ibrahim

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...