Tular Foto Bawa Lari ‘Oven’, Wanita Ini Tampil Dedah Cerita Sebenar

Kehidupan

Tular Foto Bawa Lari ‘Oven’, Wanita Ini Tampil Dedah Cerita Sebenar

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan aksi beberapa individu yang dipercayai sedang leka membawa barang keluar dari sebuah pusat membeli belah Mydin berikutan tragedi banjir yang melanda kawasan mereka.

Insiden pecah masuk dan pengambilan barang itu dilaporkan terjadi disebabkan oleh barangan bantuan seperti makanan dan minuman masih belum sampai ke kawasan tersebut dan pihak pengurusan Mydin khabarnya telah pun meng’halal’kan segala barang yang diambil individu-individu terlibat.

Advertisement

Ia kemudian menjadi tular apabila video memaparkan orang ramai bukan sahaja mengambil barang keperluan malah barang-barang seperti perkakasan elektrik dan kelengkapan rumah.

Dalam video tersebut, tindakan seorang lelaki yang dilihat mengendong sebuah kotak Oven bersama seorang wanita telah mencetuskan perdebatan warga maya.

Selepas dikecam hebat oleh netizen, seorang wanita telah tampil menjelaskan perkara sebenar setelah mengetahui dirinya tular di media sosial.

Menerusi sebuah perkongsian video di aplikasi TikTok, wanita tersebut memberikan penjelasan bahawa kotak tersebut bukanlah berisi Oven tetapi digunakan untuk mengisi barang makanan.

Saya ambil kotak itu untuk letak biskut dan sardin, bukannya oven dalam dia. Kalau saya ambil, saya nak buat apa dekat rumah dan anak dah lapar sebab tiga hari dah tak makan.

Wanita tersebut turut meluahkan rasa kesal apabila dituduh mencuri perkakasan elektrik tersebut dan sudah pun membuat laporan polis bagi membersihkan kembali imejnya.

Akhirinya, dia sempat memohon maaf kerana video yang tular itu telah membuatkan orang ramai salah sangka dengan tindakannya itu yang dituduh mencuri perkakasan elektrik tersebut.

Kecurian Taman Sri Muda
2 years ago

Licin Dikerjakan Pencuri, Aktiviti Pecah Masuk Kedai Semakin Rancak Di Taman Sri Muda

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...