Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tukar Baju Tak Sampai 11 Saat, Peminat Kagum Lihat Penghasilan Muzik Video Lagu Terbaru Datuk Siti Nurhaliza

Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dikenali sebagai Tok Ti dalam kalangan peminat baru-baru ini telah muncul dengan lagu terbaru berjudul Kuasa Cintamu yang didedikasikan khas buat anaknya yang tersayang iaitu Siti Aafiyah.

Muzik video rasmi lagu tersebut juga telah boleh ditonton oleh peminat yang sentiasa menantikan buah tangan terbaru penyanyi tersohor negara itu. Yang lebih menarik, muzik video lagu tersebut difahamkan telah diambil secara teknik ‘one take shot’ ataupun dikenali sebagai ‘one taker’.

Dalam klip video tersebut, Siti dikehendaki untuk menukar sepersalinan lengkap baju berwarna kuning yang dipakainya kepada baju berwarna merah hanya dalam masa lebih kurang 11 saat.

Advertisement

Babak sebalik tabir penghasilan  muzik video tersebut turut dikongsikan oleh Siti menerusi laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Meskipun Datuk Siti telah mengumumkan untuk berehat seketika dalam dunia seni untuk fokus dengan hal ehwal keluarga, dia kini terikat dengan komitmen dalam menghabiskan saki baki kerja mengikut jadual yang ditetapkan termasuklah dalam penghasilan muzik video tersebut.

“Semestinya ada cabaran tetapi apa yang penting adalah pengalaman. One taker ini kalau ada scene yang tidak ok, sama ada pelakon, pemuzik, camera shot atau @ctdk sendiri, penggambaran akan diulang semula..”

Ketika meninjau ruangan komen, rata-rata peminat teruja melihat kegigihan serta komitmen Siti Nurhaliza serta kru-kru terlibat dalam menjayakan penghasilan muzik video tersebut.

Terdahulu, muzik video lagu Kuasa Cintamu ini telah dilancarkan di laman Youtube pada hari Rabu yang lalu dan setakat ini telah meraih 600,000 jumlah tontonan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    December 5, 2020 at 12:12 pm

    sedapnya lagu ulang dgr banyak kali masih tak puas. Tok Ti madame beautiful berbaju kurung kuning simply beautiful …………

  2. anonymous

    December 4, 2020 at 10:09 pm

    lagu tak sedap

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top