“Tu Tempat Aku Cuci B*rak Baby..” Netizen ‘Kembang Tekak’ Tengok Lelaki Masak Maggi Dalam Sinki Hotel

Kehidupan

“Tu Tempat Aku Cuci B*rak Baby..” Netizen ‘Kembang Tekak’ Tengok Lelaki Masak Maggi Dalam Sinki Hotel

Sedia maklum, platform TikTok pada era ini menjadi pilihan nombor satu buat setiap individu terutamanya dikalangan remaja menggunakannya untuk memuat naik video-video mereka, sama ada bermanfaat atau tidak.

Terbaharu, tular di platform popular tersebut satu video memaparkan sekumpulan remaja lelaki sedang memasak mi segera di dalam sebuah hotel area Kuala Lumpur.

Advertisement

Difahamkan dari sekumpulan remaja itu, pihak hotel tidak menyediakan kelengkapan makanan seperti sudu, garfu serta mangkuk untuk mereka, jadinya mengambil ‘inisiatif’ untuk memasak maggi tersebut di dalam sinki yang terletak di tandas hotel terbabit.

Dalam pada itu, seorang dari sekumpulan lelaki itu memberitahu mereka sudah membersihkan sinki itu terlebih dahulu dan mula memasak mi segera menggunakan air panas.

Selepas ianya tular di TikTok, terdapat seorang pengguna yang berkongsi semula video itu dalam Twitter dan sekali lagi sekumpulan remaja itu dikecam oleh warganet.

Ramai netizen yang berpendapat remaja-remaja tersebut tidak seharusnya memasak dalam sinki itu kerana ianya digunakan untuk banyak perkara seperti membasuh najis bayi ataupun berkumur.

Komen TikTokSumber : Twitter 

Walaupun sekumpulan lelaki itu telah memperjelaskan bahawa mereka sudah membersihkan sinki tersebut, netizen masih merasakan hal itu sepatutnya tidak dibuat atas faktor kesihatan.

heliza helmi Mahadi
2 years ago

Kenali Suami Heliza Helmi, Rupanya Dah 17 Tahun Dato' Seri Mahadi Bela Janggut!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...