Trauma dengan kejadian yang menimpanya sehingga cedera teruk, pengawal keselamatan, Yahya Manap atau lebih dikenali sebagai Pak Ya mungkin akan menyaman pelawak terkenal yang membelasahnya.
Sehingga hari ini, badan saya masih berasa sakit dan pening kepala kerana sukar tidur. Pemikiran saya kusut dan tidak dapat berfikir dengan baik.
Saya hanya berehat dan makan ubat. Mujur ada isteri dan anak yang menjaga saya di rumah.
Meskipun diberi cuti sakit selama tiga hari dan mendapatkan rawatan susulan, Pak Ya masih lagi menanggung sakit. Memang beliau boleh memaafkan perbuatan pelawak berkenaan tetapi kesan perbuatannya itu masih meninggalkan kesan yang mendalam buat Pak Ya.
Perbuatan dia (pelawak) saya boleh maafkan, tapi kesan akibat perbuatannya itu masih terasa sehingga hari ini. Saya mungkin akan ambil tindakan saman tapi bergantung kepada keputusan keluarga.
Terdahulu, Pak Ya menceritakan keadaan sebenar dimana kereta Proton Perdana yang dipandu artis tersebut melulu masuk ke kawasan perumahan di Acacia Park Desa Jati Nilai, Negeri Sembilan tanpa kebenaran. Hanya ingin menjalankan tugasnya, beliau mengekori lelaki itu memintanya membuat pendaftaran, tetapi sebaliknya berlaku apabila Pak Ya dibelasah teruk.