Written by Bella | September 9th, 2018

Seperti biasa, dunia hiburan tempatan tidak pernah sunyi daripada sebarang gosip panas mahupun kontroversi. Sebagai seorang selebriti, memang mereka perlu menghadapi semua ini.

Sambil anda semua tengah santai sempena cuti yang agak panjang, jom kita imbas kembali berita-berita paling hangat dan cukup sensasi sepanjang minggu ini.

Antara yang paling hangat ialah berkaitan isu hutang, seorang penyanyi hutang dengan artis lain lepas didakwa ‘tidur’ dengan teman wanita, selain itu ada pula adik lelaki seorang pelakon yang gaya sahaja mewah tetapi rupa-rupanya guna duit orang lain.

Nak tahu lagi berita lebih panas? Jom kita layan Top 5 Gosip Terhangat Minggu Ini dengan membaca entri ini sepenuhnya.

1) ZARINA ANJOULIE DEDAH ISMAIL IZZANI ‘TIDUR’ DENGAN TEMAN WANITA DI HOTEL?

Sekali lagi pelakon Zarina Anjoulie mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan penyanyi Ismail Izzani tidak menjelaskan bil hotel bernilai lebih RM300 selepas ‘sedap’ berdua-duaan dengan tema wanitanya. Malah, Zarina turut mendakwa Ismail berada dalam keadaan mabuk.

BACA :  (VIDEO) Kau Dah ‘Sedap’ Dengan GF, Aku Yang Kena Bayar Bill Kau – Zarina Anjoulie Bongkar Rahsia Ismail Izzani

2) ALICIA AMIN BANTAH HUKUMAN LESBIAN DISEBAT DI KHALAYAK RAMAI

Pelakon dan model yang sebelum ini memang lantang bersuara mengenai hak LGBT membantah hukuman sebat pasangan kekasih lesbian di Terengganu baru-baru ini. Kata Alicia tindakan itu tidak wajar, bertentangan dengan hak asasi manusia dan boleh memberikan kesan buruk kepada pesalah dari segi psikologi.

BACA:  Alicia Amin Bantah Pasangan Lesbian Dihukum Sebat Depan Khalayak

3) ADIK LELAKI TIDAK BAYAR HUTANG KERETA, ELFIRA LOY PULA KENA SERANG

Seorang gadis telah bertindak untuk ‘menyerang’ Elfira Loy di Instagram dan menuntut agar adik lelakinya, Ezzrin Loy untuk membayar hutang yang sudah bertahun lamanya. Gadis tersebut mendakwa Ezzrin boleh mengubahsuai kereta dan mampu pakai barang berjenama tetapi liat untuk membayar duit orang lain.

BACA : Elfira Loy Diserang Gadis Kerana Adik Lelaki Tak Bayar Hutang?

4) LEBAM BAWA MATA FATHIA KERANA GENETIK ARAB BUKAN AMBIL DADAH

Fathia Latiff menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau mengambil dadah sehingga menyebabkan matanya kelihatan sembab dan lebam. Jelas Fathia, ia sebenarnya semula jadi kerana faktor genetik dimana beliau mempunyai darah keturunan Arab.

BACA : Lebam Bawah Mata Kerana Campuran Arab, Saya Tak Ambil Dadah- Fathia Latiff

5) ALIFF SYUKRI DIKECAM KERANA KOMEN BERUNSUR LUCAH DI FOTO FASHA SANDHA

Datuk Seri Aliff Syukri dikecaman ramai apabila meninggalkan komen berunsur lucah pada foto Fasha Sandha.  Rata-rata netizen menganggap perbuatan itu sangat tidak senonoh apatah lagi beliau bukan sahaja seorang usahawan yang dikenali tetapi seorang suami dan bapa.

BACA : Komen Nakal Di Akaun Instagram Fasha Sandha, Aliff Syukri Dikritik

5 responses to Top 5 Gosip Terhangat Minggu Ini

  1. ROTI GARDENIA says:

    FIRST!!

    0

    0
  2. Mojako says:

    dahsyat kau Mail, hilang teruna satu Malaysia tahu….hahahahahaha

    2

    0
  3. Anonymous says:

    5 shaiton

    0

    0

Leave a Comment

Optional