Top 10 Lip Cream Matte 2017 Yang Gerenti Buat Korang Menggila!

Hiburan

Top 10 Lip Cream Matte 2017 Yang Gerenti Buat Korang Menggila!

Saban hari, ada saja kemunculan pelbagai jenis dan jenama kosmetik baharu. Terkini, semua golongan pencinta kosmetik seakan-akan dirasuk dengan perkataan “lip cream” yang kian tular secara-tiba-tiba. Kiri, kanan, depan, belakang. Di mana sahaja lip cream kelihatan. Ada juga yang terpinga-pinga dengan persoalan “lip cream? Bukan lipstick?

Apa bezanya?!” Hakikatnya, lip cream atau lipstick adalah dua alat kosmetik yang memberikan hasil yang sama iaitu: mewarnakan bibir! Bezanya bukan sahaja pada rupa, malahan pada tekstur serta cara aplikasi.

Advertisement

Kita pun tak nak ketinggalan dan digelar outdated, bukan? Jom tengok 10 jenama lip cream paling top tahun ini kerana kualiti dan harga yang sangat berpatutan!

 

Lip cream dari SO.LEK yang penuh gaya tradisi Melayu ini diperbuat 100% di Malaysia. Dimiliki oleh pasangan dua beradik Dahlia dan Luqman, produk ini mengandungi minyak zaitun yang membantu untuk melembapkan bibir. Selain daripada mudah untuk diaplikasi, ianya juga senang ditanggalkan!

 

Diformulasi dengan minyak Argan, lip cream dari Obsess Cosmetics diyakini kerana dihasilkan di kilang bertaraf GMP Muslim serta diiktiraf KKM. Selain berbau harum, ianya kekal lama pada bibir tanpa meninggalkan rasa melekit yang sangat annoying tu!

 

Sugarbelle baru sahaja melancarkan lip cream dengan satu formula terbaru yang ditambah baik dengan aroma yang wangi. Datang dalam 5 warna yang menarik, formulasi minyak Argan yang digunakan akan membantu menyembuhkan bibir retak, di samping membuatkan bibir anda lembut, licin dan kekal lembap.

 

Diasaskan oleh selebriti terkenal Ummi Nazeera, semi-matte lipstick Nazeera Village mengandungi Vitamin E yang bersifat anti-oksidan yang mengelakkan kerosakan kulit dari kesan sinaran ultraviolet matahari. Dengan hasil glossy, anda juga boleh mendapatkan effect matte dengan melekapkan bibir pada tisu secara lembut.

 

Diperbuat dari bahan semulajadi serta bebas merkuri, lip cream matte dari Rkay Empire tidak meninggalkan sebarang kesan melekat pada tangan, baju atau cawan ketika minum! Walaupun begitu, satu sapuan kekal lama tapi sangat mudah ditanggalkan.

 

Ha! Ini lagi satu lip cream yang sangat best! Ia mengandungi kolagen dan vitamin E yang bukan sahaja membantu memberi perlindungan dan rawatan yang bibir anda perlukan, malahan ianya juga melindungi bibir dari radikal bebas dan penuaan pramatang. Yahoo!

 

Amboi, bibir merah bak delima! Kalau nak tahu Majestic Lip Matte mengandungi ekstrak buah delima yang terbukti merawat bibir merekah dan mengembalikan kelembapan semulaja dibibir. Tekstur yang ringan dan mudah diratakan ke bibir, lip cream Majraha juga mesra wuduk!  

 

Antara specialty Inara lip matte adalah ianya boleh membantu mencegah masalah yang paling dibenci setiap wanita iaitu bibir hitam! Ianya juga bebas dari alkohol dan paraben. Yang paling best? Satu sapuan boleh tahan sehingga 9 jam dan ianya juga wuduk friendly. 

 

Terkenal dengan bahan-bahan semulajadi, Orysense lip cream mengandungi Vitamin E, minyak kelapa dara, kolagen dan aloe vera yang mampu untuk merawat dan melembapkan bibir secara natural. Selain itu, ia juga mengandungi minyak zaitun yang boleh merawat bibir merekah. Bye bye bibirkering!

 

Tekstur lembut dan creamy di awal sapuan, dan magically bertukar kepada matte finishing selepas beberapa saat. Tak mengeringkan bibir, tak mudah pudar dan warna yang highly pigmented. Mengandungi kolagen dan shea butter, ia juga dilengkapi dengan bauan dan perisa strawberi! Ah, bestnya!

Dah tengok semua lip matte di atas ?  Yang mana satu menjadi kegemaran dan termasuk dalam  wishlist anda ? Jom tambah koleksi-koleksi sedia ada. Klik link pada gambar atau label yang diberikan untuk maklumat lanjut. Anda bukan sahaja memiliki bibir yang sihat dan menarik , malahan anda akan tampak cantik, menawan dan kelihatan lebih yakin !! Jangan terlepas pulak tawaran harga TERENDAH sempena Jualan Ke Angkasa di www.mybazar.com.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...