Tona Kulit Anda Gelap Sampai Susah Nak Make Up? Tak Payah Risau Tak Payah Cuak!!! Etude House Ada Jawapannya!!!

Hiburan

Tona Kulit Anda Gelap Sampai Susah Nak Make Up? Tak Payah Risau Tak Payah Cuak!!! Etude House Ada Jawapannya!!!

Impian setiap wanita adalah mempunyai kulit wajah seperti selebriti Korea. Iyerlah, rata-rata kulit orang Korea putih, mempunyai tona yang sekata, mudah dijaga dan paling penting, SENANG untuk di”make up”. Sentuh-sentuh sikit je muka dah cantik berseri macam puteri raja.

kalau dapat kulit muka flawless macam nie memang boleh buat kenduri kesyukuran 44 hari 44 malam

Namun realitinya rata-rata rakyat Malaysia mempunyai kulit wajah yang agak gelap, tona yang tidak sekata dan juga kusam. Menambahkan lagi stress, rata-rata alat solek di pasaran adalah untuk mereka yang mempunyai kulit macam selebriti Korea. Jadi bila anda menggunakan alat solek tersebut, sukar untuk mendapatkan hasil yang diharapkan. Silap-silap makin teruk muka anda dibuatnya. Lepas tue bila nak make up confirm akan ambil masa berjam-jam lamanya. Makin bertambah stress dibuatnya!!!

Advertisement

Akan tetapi anda tidak perlu risau kerana jenama kosmetik popular dari Korea iaitu Etude House kini telah melancarkan beberapa alat solek yang SANGAT SESUAI untuk seluruh wanita Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit serta usia anda.

Etude House telah dilancarkan di Seoul pada tahun 2005 dan kini mempunyai ratusan kedai di serata dunia

Antara alat-alat solek terbaru dari Etude House yang pasti memudahkan anda me”make up” wajah anda ialah:-

1. Double Lasting Foundation dengan 7 warna baharu

Salah satu perkara yang wife Abang Nara selalu stress apabila ingin membeli foundation ialah kepayahan mencari warna yang sesuai dengan kulitnya. Dengan 7 warna baharu di dalam Double Lasting Foundationnya, Etude House telah menyelesaikan masalah yang sering menghantui wanita-wanita Malaysia, terutamanya mereka yang mempunyai tona warna gelap. Apabila anda menggunakan Double Lasting Foundation dari Etude House ini, anda dapat menjimatkan masa ber”make up” sebab confirm akan ada warna “foundation” yang sesuai dengan kulit wajah anda. Jimat masa, jimat tenaga dan yang pasti, anda akan nampak jelita!!!

Wife Abang Nara paling suka warna Cacao ni

2. Play 101 Stick Contour Duo

Gaya make up contour memang tengah popular sekarang ini. Iyerlah, semua orang nak nampak hidung mancung sikit, rahang tajam sikit dan dahi cantik sikit. Tapi kalau tak salah guna alat make up untuk men”contour”kan muka anda, memang pelik jadinya. Untuk hasil yang terbaik, anda kena gunakan Play 101 Stick Contour Duo daripada Etude House yang kini didatangkan dengan 4 warna baharu. Apa yang menariknya di Facebook Etude House siap ada tutorial step by step untuk mendapatkan hasil contour terbaik.

Korang wajib tengok pelbagai video yang telah dikongsikan di situ. Abang Nara sharekan salah satu videonya di bawah ini. Jom kita tengok

3. Play Color Eyes #Wine Party

Kata orang, dari mata turun ke hati. Sesungguhnya mata memang memainkan peranan penting di dalam menzahirkan kecantikan seorang wanita. Tak dinafikan memang banyak produk make up untuk mata di luar sana, namun tiada satu pun yang dapat melawan kombinasi terbaik dari Etude House menerusi Play Color Eyes #Wine Party. Dengan 10 warna di dalam satu palette, pasti ramai yang akan terpukau melihat kejelitaan mata anda. Anda boleh pilih mana-mana kombinasi warna yang sesuai untuk apa sahaja acara yang akan dihadiri. Contohnya macam di bawah ini. Lebih banyak tips kombinasi terbaik boleh dibaca di Facebook Etude House.

4. Dear My Matte Tinting Lips-Talk

5. Tiada apa yang lebih menambahkan keyakinan seorang wanita di khalayak ramai selain daripada mempunyai bibir yang mungil dan seksi. Ditambah pula dengan salah satu warna gincu Dear My Matte Tinting Lips-Talk daripada Etude House ini, keunikan dan kejelitaan anda pasti akan lebih terserlah. Semua warna yang disediakan membolehkan anda me”matching”kan bibir anda dengan apa-apa jua gaya. Pilih je mana-mana dari 10 koleksi warna Dear My Matte Tinting Lips-talk dan 20 jenis rekaan dari koleksi Lips-talk case. Jika anda ke kedai Etude House di Sunway Pyramid, mereka juga menyediakan perkhidmatan ukiran nama secara percuma, jadi boleh la anda letak nama si dia tu.

Kalau anda semua ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai koleksi alat solek dari Etude ini, video dari Tiar Zainal dan Elfira Loy ini boleh membantu anda. Fuh, kagum juga Abang Nara bila tengok video ini, walaupun dari perspektif seorang yang tidak begitu arif tentang alat solek.

Dengan koleksi alat solek terbaru daripada Etude House ini, tiada lagi alasan untuk wanita-wanita Malaysia untuk tidak tampil menarik, jelita dan menawan setiap hari. Kesemuanya memang telah direka khas untuk memenuhi citarasa dan mengikut tona dan warna kulit anda semua. Pilihan terletak di tangan anda. Tiada lagi alasan untuk tidak tampil jelita. Kepada mereka yang ingin ke kedai Etude untuk mencuba dengan sendiri koleksi alat solek mereka anda boleh kunjungi Etude House Malaysia di Sunway Pyramid. Maklumat lanjut layari www.etudehouse.com/my , Facebook Etude House Malaysia dan juga Instagram Etude House Malaysia. Selamat mencuba!!!



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...