Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Tolong Jangan Hina Anak Saya Yang Masih Belum Lahir..” Ryzal Ibrahim Mohon Henti Doa Yang Tak Baik Pada Kandungan Isteri

Personaliti media sosial yang teruk dikecam baru-baru ini susulan penghinaan kepada pakaian tradisional suku kaum Iban, Ryzal Ibrahim memohon agar netizen berhenti mendoakan perkara yang tidak baik dan menghina anaknya yang masih dikandung isteri, Maryam.

Ujar Ryzal, dia menyesali kesalahan yang dilakukannya dan menerima dengan hati terbuka sebarang bentuk kritikan yang diberikan namun untuk melibatkan bayi yang belum lahir adalah sesuatu yang tidak dapat diterima oleh dia dan isteri.

Advertisement
Sumber : Instagram Durian Kimchi  

Dia yang sebelum ini ada membuat permohonan maaf di Instagram  kerana tindakan yang ternyata telah mengguriskan hati pelbagai pihak khususnya orang Iban di Sarawak turut mengucapkan terima kasih di atas teguran yang diberi serta nasihat dan perkongsian orang ramai tentang budaya dan khazanah pakaian tradisional Iban.

Menganggap apa yang telah terjadi itu sebagai suatu pengajaran besar buat dirinya dan isteri, Ryzal menerusi sebuah hantaran di Instagram turut membuat permohonan kepada mereka di luar sana agar tidak melibatkan anak dalam kandungan Maryam.

 

View this post on Instagram

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

“Saya mohon supaya tidak membuat fitnah terhadap anak yang masih dalam kandungan 5 bulan itu yang belum melihat dunia. Anak itu anugerah Allah pada kami berdua selepas 2 tahun dalam bahtera perkahwinan..Saya faham kemarahan ramai pihak, saya tidak salahkan kamu, ia berpunca dari saya yang mencetuskan keadaan tapi saya mohon jangan libatkan isteri dan anak kami..”

Dalam pada itu, Ryzal juga memaklumkan bahawa dia akan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Persatuan Anak Borneo Semenanjung.

View this post on Instagram

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

Terdahulu, Ryzal dan Maryam yang mula dikenali di Instagram dan saluran Youtube DurianKimchi telah dikecam netizen kerana tindakan mereka itu yang mengutuk busana tradisional kaum Iban itu seperti kain alas meja, kain buruk mesin basuh sehingga telah mencetuskan ketegangan dan rasa kurang senang dalam pengguna media sosial.

Antara selebriti lain yang turut menzahirkan perasaan kesal terhadap video yang dianggap biadab itu adalah Faye Kushairi dan Sharnaaz Ahmad.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

14 Comments

  1. durianjeruk

    May 28, 2021 at 7:40 pm

    orang kita sekarang banyak nau masa nak cari salahh orang lain. lama sgt ke duk rumah sampai takleh lekang dgn hp? gilaaa. marah je la ryzal tu. nak pi marah lain kenapa? tak nak ka mana2 pakar IT pi trace suara yang gelak2 belakang tu. pi cari, kita maki sekali. ni sibuk mengata anak dalam perot.

    pastu ya mungkin rasa terhina ka apa, tapi amboiii beriya nohhh kita amik tindakan. ryzal dh mengaku kesalahan kot. so maafkan la. lain la kalau buat lagi mcm aliff aziz hahahaha ok bye

  2. Anonymous

    May 28, 2021 at 5:40 pm

    Betullaaa ryzal cakap bendalah tu sama mcm alas kat tv 70-80an..apa yg salahnya.kecohla xleh terima kenyataan.

  3. UNKNOWN

    May 28, 2021 at 3:38 pm

    SKURANG2NYA RYZAL MNGAKU KSELAHAN NYA! SUDAH2 LAH KAUM2 NATIZEN / TENTRA BAWANG MNYALAHKN RYZAL!!LAIN LAH KLU DIA EGO!! ISH!!!!!!!!!!!!!!! ENOUGH OK!!!

  4. macam macam hal

    May 28, 2021 at 2:43 pm

    jap, yang salah BAPAK dia ni haa. yang netizen gelupur nak pergi fitnah, maki anak yang tak lahir lagi dah kenapa? kalau BAPAK dia bebal, bodoh dok kutuk tradisional custom Iban, so kecam je BAPAK yang tak berguna tu. jangan babitkan anak yang tak bersalah. belum tengok dunia pun, dah macam macam caci maki kena. bodoh jugak netizen ni. kutuk maki hamun BAPAK budak yang bodoh ni dah lah. hahaha alahaii geram pulak tengok netizen yang sama naik bodoh 2×5 nak kutuk malaikat kecil dalam perut yang tak bersalah tu.

  5. Anonymous

    May 28, 2021 at 2:29 pm

    One way that he can do to amend his ignorance is stop being in any social media forever & never put his step to Sarawak. He clearly is uneducated because he’s obviously is lacking of EQ & general knowledge of other people in his country. No one want him in Sarawak & stop wearing our traditional clothes to make money & content. This is a clear case of cultural appropriation & rude! However, I hope that Maryam to take care of herself & decides what is best for her & her soon to be born child. A child deserves parents who are ready to be a parent & teaching them all the goodness in the world, not being a racist & ignorant!

    • unknown

      May 28, 2021 at 4:10 pm

      Janganlah hukum ryzal sampai macam tuh.. sekurang-kurangnya dia mengaku salah & nampak betul2 ikhlas minta maaf..

    • Anonymous

      May 29, 2021 at 1:45 pm

      True

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top