Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Tolong Jangan Hina Anak Saya Yang Masih Belum Lahir..” Ryzal Ibrahim Mohon Henti Doa Yang Tak Baik Pada Kandungan Isteri

Personaliti media sosial yang teruk dikecam baru-baru ini susulan penghinaan kepada pakaian tradisional suku kaum Iban, Ryzal Ibrahim memohon agar netizen berhenti mendoakan perkara yang tidak baik dan menghina anaknya yang masih dikandung isteri, Maryam.

Ujar Ryzal, dia menyesali kesalahan yang dilakukannya dan menerima dengan hati terbuka sebarang bentuk kritikan yang diberikan namun untuk melibatkan bayi yang belum lahir adalah sesuatu yang tidak dapat diterima oleh dia dan isteri.

Advertisement
Sumber : Instagram Durian Kimchi  

Dia yang sebelum ini ada membuat permohonan maaf di Instagram  kerana tindakan yang ternyata telah mengguriskan hati pelbagai pihak khususnya orang Iban di Sarawak turut mengucapkan terima kasih di atas teguran yang diberi serta nasihat dan perkongsian orang ramai tentang budaya dan khazanah pakaian tradisional Iban.

Menganggap apa yang telah terjadi itu sebagai suatu pengajaran besar buat dirinya dan isteri, Ryzal menerusi sebuah hantaran di Instagram turut membuat permohonan kepada mereka di luar sana agar tidak melibatkan anak dalam kandungan Maryam.

 

View this post on Instagram

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

“Saya mohon supaya tidak membuat fitnah terhadap anak yang masih dalam kandungan 5 bulan itu yang belum melihat dunia. Anak itu anugerah Allah pada kami berdua selepas 2 tahun dalam bahtera perkahwinan..Saya faham kemarahan ramai pihak, saya tidak salahkan kamu, ia berpunca dari saya yang mencetuskan keadaan tapi saya mohon jangan libatkan isteri dan anak kami..”

Dalam pada itu, Ryzal juga memaklumkan bahawa dia akan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Persatuan Anak Borneo Semenanjung.

View this post on Instagram

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

Terdahulu, Ryzal dan Maryam yang mula dikenali di Instagram dan saluran Youtube DurianKimchi telah dikecam netizen kerana tindakan mereka itu yang mengutuk busana tradisional kaum Iban itu seperti kain alas meja, kain buruk mesin basuh sehingga telah mencetuskan ketegangan dan rasa kurang senang dalam pengguna media sosial.

Antara selebriti lain yang turut menzahirkan perasaan kesal terhadap video yang dianggap biadab itu adalah Faye Kushairi dan Sharnaaz Ahmad.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

15 Comments

  1. unknown

    May 28, 2021 at 2:26 pm

    anything to do dengan tradisi Sabah Sarawak janganlah dibuat main.. mereka bukan sahaja kuat beradat malah ada juga sesetengahnya melibatkan unsur-unsur mistik.. melibatkan nenek moyang, alam etc.. sbg contoh alat tenunan yg “hidup”, waktu2 untuk tenunan, golongan sekian2 sahaja yg boleh menenun.. banyak sgt kekaguman ak di bumi Sabah Srwak.. belajar 4 tahun di Sabah masih belum cukop aku teroka khazanah Sabah Srawak.. ngat lg x kes mat saleh australia yg berbogel atas gunung kinabalu? apa jadi?

    to Ryzal ambillh ini sbg pengajaran.. rehatlah seketika dr dunia medsos kerana content anda semakin ke laut.. muhasabah diri dan sentiasa merendah ini.. anggap ini teguran dari ALLAH.. ALLAH tegur bermakna ALLAH sayang.. netizen tegur juga bermakna netizen sayang & prihatin

    Love

  2. Ra

    May 28, 2021 at 1:47 pm

    Isu ni begini…minta maaf kalau salah tu tentang perkara lain yang bukan melibatkan adat boleh settle….contoh terumpat….tapi yg ni faham tak tentang adat tradisi kaum??

    Kita dah belajar tentang adat masa sekolah dulu tradisi kaum ni tak boleh buat gurau beb, satu bab lagi nak cuba,2 memakai baju tradisi suku kaum pastu tunjuk bodoh bangang ..

    Kena minta maaf cara adat juga bayar soget adat

    Tu pasal org Sarawak marah….Jo sekolah takk? Tu sebab ada pepatah , biar mati anak jangan mati adat…

    Org maki anak ko tau pula marah???

  3. Kai

    May 28, 2021 at 1:19 pm

    Bodoh nya jantan

  4. Anonymous

    May 28, 2021 at 1:16 pm

    Alas tivi lah..tikar mengkuang lah..tu yg tokok tambah tu xkena kencam ker..menghina juga tu..

  5. Anonymous

    May 28, 2021 at 1:14 pm

    Mamat durian tu memang lah bersalah..
    Habis yg tukang gelak tu xsalah ker..kencam lah sekali tukang gelak tu..menambah bagai..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top