Tolong Hormat Tetamu Dan Jangan Merapu – Chef Wan Tegur Pengacaraan Nabil Dan Jihan

Hiburan

Tolong Hormat Tetamu Dan Jangan Merapu – Chef Wan Tegur Pengacaraan Nabil Dan Jihan

Tahun ini, kontroversi pengacara Gegar Vaganza 4 masih lagi berterusan. Kalau sebelum ini Nabil dikecam kerana lawak kasarnya terhadap Hazami sehingga ada yang menganggap beliau melakukan gangguan seksual, kini Chef Wan pula menegur gaya pengacaraan  Nabil dan juga Jihan Muse.

Advertisement

Chef Wan yang dijemput sebagai juri konsert pertama GV4, berpendapat lawak lucah yang dilakukan agak keterlaluan.  Mereka juga seharusnya menghormati tetamu dan tidak terlalu merapu ataupun mengaibkan orang lain ketika mengacara.

Berikut pendapat penuh Chef Wan :-

Last night on Youtube finally i had the chance to watch last sunday 1st episode of GegarVaganza. Yes it was indeed a fun evening. As its my 1st time judging such a competition as a guest jury naturally i was nervous as any of those singer on stage perhaps worst! So i decided to just chill it, be honest and have fun for the evening. Thank you to all my fans out there that have been giving me that compliment and courage to do the job as well.

Ohhh i did noticed at time Nabil dan Jehan can be abit over doing it with all that jokes and remarks ada double meaning or teasing the jury. I think Nabil need to excercise sedikit apa yg dia nak kata as at time it doesnt seem polite as Dato Ramli ni orang yg berumur dan pengalaman so dont get carry way with jokes yg bukan2 as it can be annoying. Bila jury berbicara beri la peluang untuk kami bersuara as in my case even bukan giliran saya nak bercakap tapi Astro kata jika saya nak tegur sesuatu dari persembahan etc saya boleh bercakap.

Many times saya menunggu juga bila la mereka ini nak habis merapu atas stage itu so that i can give my opinion. Bila tengok terlalu lama sangat saya pun berundur diri tak jadi nak cakap takut masa panjang sangat. Many times i see Ibu Hetty herdik sampai kata…Kasi Ibu Omong sekarang, bisa! Not once 2 kali she insisted tau! To the point she is upset all this drama minggu ini going on stage non stop menjadi kan suasana atas pentas itu kecoh tak tentu pasal.

All this double meaning words kena elak on stage as viewers at home pun ramai. I see also Hazami was upset bila Nabil usik kepala dia on stage mlm tu. Pls be more respectful of the guests and senior too. Meraban too much can be annoying and will turn against u all jugak.

Namun, Chef Wan masih lagi memuji dan tidak menafikan Nabil dan Jihan agak “best” sebagai pengacara dan menghiburkan. Cuma, janganlah terlalu  melampau bergurau kasar dan menunjukkan juga sikap profesional sebagai seorang pengacara.

Sumber Berita : Chef Wan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...