“Tok Ram Tak Bias..Dia Kata Bagus Maknanya Bagus” Noraniza Idris Sebak, Minta Ramli MS Komen Persembahan Akhir GV7

Hiburan

“Tok Ram Tak Bias..Dia Kata Bagus Maknanya Bagus” Noraniza Idris Sebak, Minta Ramli MS Komen Persembahan Akhir GV7

Masih terasa kehangatan pentas akhir Gegar Vaganza musim ke-7, Noraniza Idris kelihatan sebak apabila meminta juri tetap Datuk Ramli MS memberi komen terhadap persembahan terakhirnya pada malam itu.

Meskipun pernah memenangi pelbagai anugerah juara dan persembahan terbaik terutamanya dalam kategori etnik kreatif, Noraniza Idris mengakui dia masih berasa kerdil jika dibandingkan dengan bintang-bintang GV7 yang lain.

Advertisement

Menganggap diri sebagai manusia biasa, Noraniza atau lebih mesra disapa sebagai Kak Ani tetap berasa sedih apabila menerima kecaman daripada netizen sepanjang berada dalam program realiti terbabit.

Ketika ditanyakan mengapa dia meminta Ramli MS untuk memberikan komen untuk persembahan lagu Empat Dara yang menyaksikan dirinya tampil berduet dengan penyanyi Aishah pada malam itu, Kak Ani menjelaskan bahawa pendapat Tok Ram tidak ‘berat sebelah’.

“Selama 27 tahun tak pernah menyanyi lagu genre berbeza. Saya rasa ia satu proses pembelajaran yang orang luar tak tahu dan kadang-kadang saya rasa down. Saya dah kenal Tok Ram sejak mula ceburi bidang nyanyian. Tok Ram ini tiada bias..kalau dia kata kita bagus, maknanya baguslah. Tapi kalau dia nak hentam, dia hentam. Walaupun saya pernah menjadi juara dan dapat persembahan terbaik sebelum ini tapi tak pernah sama dengan GV..”

Noraniza berkongsikan mengenai perkara itu ketika ditemui pada sidang media usai sahaja konsert akhir GV7 yang berlangsung pada malam tadi.

Pertandingan nyanyian popular itu telah menyaksikan Cliff Umar menggondol gelaran juara yang melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi juara, manakala untuk Noraniza Idris pula, penyanyi lagu Dikir Puteri ini telah memperoleh tempat ke-empat dan turut membawa pulang RM20,000 serta trofi.

Sumber : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...