Tinggal 4 Hari Lagi, Jika Muhammad Hawari Tidak Dijumpai Pencarian Hanya Boleh Disambung Tahun Depan

Kehidupan

Tinggal 4 Hari Lagi, Jika Muhammad Hawari Tidak Dijumpai Pencarian Hanya Boleh Disambung Tahun Depan

Ketika ini, usaha menjejaki pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023) yang dilaporkan hilang ketika turun dari Kem 4 selepas berjaya tawan puncak gunung tertinggi dunia itu sedang giat dijalankan.

Muhammad Hawari Hashim, 33, yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) pendengaran hilang di kawasan pergunungan itu sejak Jumaat lepas.

Advertisement

Kata sumber, pasukan sherpa melalui cabaran hebat antaranya lurah ais sedalam 1 kilometer di sekitar laluan pendaki menuju ke Base Camp.

Bagaimanapun pencarian di lurah ais berkenaan amat berisiko dan mencabar serta memerlukan kemahiran tinggi. Mereka perlu menuruni lurah ais yang disyaki dilalui Hawari. Ia mampu meragut nyawa sesiapa sahaja jika tergelincir jatuh dari ketinggian itu.”

Bagaimanapun, apa yang lebih membimbangkan adalah usaha pencarian ini semakin suntuk kerana semua aktiviti di Everest akan ditutup pada 29 Mei ini oleh Kerajaan Nepal atas faktor keselamatan.

Jika ia ditutup dan Hawari masih belum ditemukan, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hanya boleh disambung semula pada musim pendakian pada tahun depan antara April hingga Mei.

Difahamkan, Kedutaan Malaysia di Nepal turut berikhtiar mengesan mangsa menggunakan isyarat telefon bimbit digunakannya.

Namun, usaha itu menemui jalan buntu apabila isyarat terakhir dikesan adalah pada 6 Mei yang lalu.

4 years ago

Kisah Hannelore Schmatz, Wanita Pertama Terbunuh Di Lereng Gunung Everest

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...