Tiga Tahun Melabuhkan Tirai, TV3 Tiada Perancangan Untuk Terbit Semula Program Da’i Pendakwah Nusantara

Hiburan

Tiga Tahun Melabuhkan Tirai, TV3 Tiada Perancangan Untuk Terbit Semula Program Da’i Pendakwah Nusantara

Meskipun telah bersiaran selama enam musim sebelum melabuhkan tirai pada tahun 2017 yang lalu, stesen penyiaran TV3 memberitahu bahawa pihak mereka tidak bercadang untuk menerbitkan semula program tersebut dalam masa terdekat.

Tambah TV3 lagi, program berunsurkan keagamaan seperti itu tidak lagi diterbitkan untuk masa sekarang.

Advertisement

“Tiada perancangan untuk menerbitkan Dai Pendakwah Nusantara dalam masa terdekat selepas musim terakhir program tersebut berakhir pada tahun 2017”

Ini berikutan jenama program berkenaan telah menjadi perhatian ramai setelah bekas pesertanya telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan kesalahan seksual seperti mencabul dan melakukan hubungan seks luar tabii.

Dalam hal yang lain, media melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Mohamad memberitahu bahawa kerajaan akan mempertimbangkan untuk mewujudkan garis panduan bagi penganjuran program realiti TV berunsurkan keagamaan pada masa hadapan.

Menurut Dr Zulkifli, garis panduan tersebut diterbitkan bertujuan untuk memberi pemahaman yang baik serta syarat-syarat tertentu bagi tujuan penganjuran program berkenaan.

Sumber : Malaysia Kini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...