Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tidur Tak Lena Terima 700,000 Mesej Kecaman, Ali Puteh Mimpi Arwah Abam Bahagia & Memeluknya

Siapa sangka pemergian pelawak Abam yang ditangisi ramai pada awalnya kini bertukar cela selepas adiknya iaitu Ali Puteh didedahkan mempunyai sengketa dengan balu arwah abangnya itu.

Walaupun tidak manis tetapi kemelut ini telah membuka pekung keluarga tersebut yang melihatkan mereka sepertinya menidakkan hak Noor Hidayah dan anak tunggal pasangan tersebut ke atas hak milik Abam.

Advertisement

nor hidayah ibu mentua jangan makan harta anak yatim

Bermula daripada Ali yang memberi gelaran kasar kepada kakak iparnya selain turut mengambil semua barangan milik arwah menyebabkan rata-rata netizen mula menyelar tindakan tidak sensitifnya itu.

Disebabkan itu, Ali mendedahkan bahawa dia menerima lebih 700,000 mesej peribadi berunsur kecaman di laman Instagram. Dia meluahkan rasa terkejut kerana ramai yang membenci dirinya padahal sebelum ini mereka sering meninggalkan mesej baik memuji sikap Abam.

Saya dan keluarga dihina teruk dan maruah kami diaibkan, kecaman dilemparkan netizen kepada kami sekeluarga sangat hebat dan saya menerima lebih 700,000 mesej kecaman dan makian.

Pun begitu, selepas melakukan sidang media bagi menjelaskan hal yang sebenar mengenai isu tersebut, pelawak itu menerima hampir 90,000 mesej memohon kemaafan. Tetapi sayangnya akaun asal tersebut telah pun digodam.

ali puteh dan ibunya

Lelaki itu tidak menafikan bahawa kontroversi tersebut menyebabkan dia sukar untuk tidur pada malam hari.

Tidur saya tidak pernah lena selepas apa yang berlaku itu. Jadi, sekarang saya sangat menjaga percakapan terhadap apa yang nak dikomen supaya tidak timbul lagi sebarang isu.

Ali juga menceritakan bahawa dia telah bertemu dengan arwah Abam di dalam mimpinya dan lelaki itu kelihatan gembira.

Abam ceria dan senyum saja dalam mimpi itu, saya memeluknya untuk melepaskan rindu. Alhamdulillah! Dia nampak bahagia!

Advertisement

abam dan ali puteh

Harapnya kemelut antara ipar duai dan keluarga mertua ini akan selesai tak lama lagi. Bukankah manis sekiranya hubungan yang ada masih utuh meskipun yang menyambungnya susah tiada lagi?

Sumber foto: F8Buzz

Sumber: mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

23 Comments

  1. dina

    March 2, 2020 at 10:12 am

    karier ko dah habis aliiiii

  2. Insan sebak

    March 2, 2020 at 9:13 am

    rajin nya PU Ali kira 700,000 komen…guna apps apa ehh. ko yang mula kan kata kakak ipar kau binatang pastu nak salahkan netizen….harap lepas ni ko jaga mak ko mcm arwh abam jaga.

  3. Anonymous

    March 2, 2020 at 8:55 am

    kau tu siapa yang kau perlu amik tau masalah keluarga orang? kau sedar tak bukannya semua nak amik berat pun, semua netizen lebih kepada membawang dan buat palatao mcm diorang pulak family. sampai semua netizen berbalah sama sendiri and mungkin ada yang pandai2 buat andaian sendiri sampai jatuh fitnah. siapa punca semua ni? siapa yang start dulu?

  4. Anonymous

    March 2, 2020 at 8:48 am

    puiiiiiiiiii la ko Ali

  5. Anonymous

    March 2, 2020 at 8:10 am

    saya setuju..faraid ikut hukum dia..bukan hukum Allah..ni la akibat belajar pakai google..sape sokong dia memang puiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii la cam dia…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top