“Tidur Sampai Terkencing” – Peminta Sedekah ‘Berkampung’ Depan ATM Jejas Kebersihan Awam

Kehidupan

“Tidur Sampai Terkencing” – Peminta Sedekah ‘Berkampung’ Depan ATM Jejas Kebersihan Awam

Baru-baru ini tular di laman Twitter, satu ciapan oleh seorang pengguna yang meluahkan kekecewaan apabila kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai berurusan iaitu premis ATM kini menjadi tempat peminta sedekah ‘berkampung’.

Menurut ciapan tersebut, premis ATM yang dipercayai di Kuantan itu telah dijadikan seperti tempat tinggal peminta sedekah untuk tidur dan sesuka hati membuang air kecil di kawasan tersebut.

Advertisement

Susulan itu, kawasan premis berkenaan sekaligus terjejas dengan bau hancing dan menyebabkan orang awam berasa geli sehingga terpaksa mencari premis ATM yang lain.

maybank

Tidur hingga terkencing… geli-geli terpaksa aku cari ATM lain!!!

Dalam pada itu, pengguna tersebut turut meminta pengurus premis ATM tersebut untuk memberi keutamaan dan keselesaan kepada pelanggan.

Meninjau di ruangan balas, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai respon, ada yang mempersoalkan tentang ketiadaan pengawal keselamatan di premis ATM tersebut dan ada juga yang berharap pihak pengurusan mengambil tindakan agar kejadian seperti itu tidak berlaku lagi.

Teruk sangat ni takkan tak ada guard yang jaga, kalau luar okay lagi, ni dalam mat. – Netizen.

Bukan nak kutuk tapi kadang bau hancing kuat. Maybe dah terkencing kat seluar ke apa lepastu baring merata rata hmmmm,” tulis seorang pengguna Twitter.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kahwin
2 years ago

(VIDEO) "Aku Tahu Dia Tengah Sedih" - Tekad Teruskan Niat Kahwin Dua, Suami Teruk Dikecam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...