Written by Bella | July 10th, 2019

Selepas dilanda kontroversi menceraikan isteri sedang hamil, kini PU Abu dihimpit lagi dengan cerita sensasi apabila rumah tangga yang dibina bersama isteri barunya, Hana Azraa sedang berantakan.

Namun, kisah mereka ini agak mengelirukan ramai, Hana mendedahkan mereka dalam proses bercerai, kenyataan PU Abu pula bercanggahan dengan kenyataan isterinya itu. Pelbagai spekulasi tercetus mengenai perkahwinan mereka ini.

Terbaru, Hana juga merasa musykil dengan jawapan yang diberikan oleh suaminya mengenai rumah tangga mereka sedangkan sudah mengetahui bagaimana situasi mereka sekarang.

Saya tidak tahu kenapa jawapan dia begitu sedangkan dia tahu situasi kami macam mana.  Maaf ya, saya tidak dapat ulas lebih terperinci lagi.

Terdahulu, PU Abu menafikan bahawa mereka sudah membawa haluan masing-masing. Katanya, hubungan mereka suami isteri masih lagi baik. Malah, pendakwah bebas itu juga mendakwa apa yang diperkatakan oleh Hana tentang proses perceraian adalah tidak benar sama sekali dan mereka masih pasangan suami isteri.

Sumber Berita : Kosmo Online

 

 

26 responses to Tidak Tahu Kenapa PU Abu Nafi, Musykil Dengan Jawapannya- Hana Azraa

  1. Elliza Razak says:

    BETINA MUSLIMAH JALANG INI LAGI

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply