October 12th, 2019

Setelah dihimpit pelbagai spekulasi dan kontroversi panas, akhirnya wanita dipercayai isteri kedua pelakon Amar Asyraf iaitu Vivy Jeffry tampil mendedahkan dia sudah bernikah dengan aktor itu sejak beberapa tahun lalu. Hasil perkahwinan,  mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki.

amar asyraf

Menurut Vivy, dia sudah lama menyimpan rahsia tentang perkahwinan mereka dan kini semuanya terbongkar. Vivy berkata dia merahsiakan perkara itu kerana ingin menjaga aib suaminya dan keluarga serta menyedari statusnya sebagai isteri kedua.

Ya, memang betul saya adalah isteri kedua Amar dan kami juga mempunyai seorang anak lelaki. Selama ini saya simpan tapi benda ini terbongkar juga. Apa yang didedahkan wanita sebelum ini semuanya betul.

vivy jeffry isteri kedua amar asyraf

Sebenarnya saya sudah bersedia dengan apa yang akan berlaku selepas ini dan redha dengan perjalanan hidup saya yang disusun Allah. Ibu selalu cakap, kita jangan buka aib suami walaupun dalam keadaan marah macam mana pun, sebab satu hari nanti mesti akan terbongkar sendiri.

Vivy berkata, hubungannya dengan Amar turut diketahui isteri pertama iaitu Arna Salleh tetapi mereka tidak pernah berjumpa.

amar asyraf

Isteri pertama Amar tahu mengenai perkahwinan kami tapi saya dan dia tidak pernah berjumpa. Selama ini kami hanya berhubung melalui telefon sahaja.

Selain kami bertiga, keluarga terdekat dan beberapa kenalan rapat saya juga mengetahui semuanya. Saya faham dan sedar kedudukan saya sebagai isteri kedua sebab itu saya memilih hanya berdiam diri saja selama ini.

amar asyraf kahwin lagi

Terdahulu, seorang wanita dikenali sebagai Ellika Azman membuat pendedahan dia menjalinkan hubungan cinta dengan Amar sejak September tahun lalu. Menurut Ellika, mereka sepatutnya bernikah di Thailand antara 11 hingga 13 Oktober ini tetapi terpaksa membatalkan perancangan itu selepas dia sendiri terkejut apabila mengetahui aktor itu mempunyai dua orang isteri.

Sumber Berita : mStar Online


34 responses to “Tidak Sangka Semuanya Terbongkar, Isteri Kedua Amar Asyraf Munculkan Diri”

  1. Shah deraman says:

    Si ammar ni kawen 2 mampu ke x???tanggungjwb, nafkah tu bg x kat bini n anak2??klu nafkah pun tunggang langgang lps tu ade hati nk skandal lain g mati je laa woi…ank, bini pun terabai…y bini pun bodoh, y jantan double bodoh..muke mcm tempe pun perempuan bodoh berebut kann…

  2. Anonymous says:

    Setuju! Weak ass woman, konon sabar la apa la, padahal takde kekuatan nak cerai la tu, sanggup dengan jantan tak guna daripada jadi janda. Pui

  3. nana says:

    tak pe la sis, PEREMPUAN NI JUGAK YG SAMPAH. rase nye bini no.1 pun baru tau kot dia ada madu. ellika tu agak bernasib baik sebab dia dh sedar mcm mn amar bg layanan pada isteri sorok. semua salah perempuan, yg lelaki senang je nk nampak baik. post kt ig bergambar dgn anak, pastu letak caption keagaamaan sikit pastu perempuan dapat label babi. mcm alif aziz la, si bella sibuk lebal anzalna dgn oktavia tu penyondol. bila anzalna expose si alif, netizen tuduh dia bitter, tak boleh move on. sekali alif rupanya jenis suka celup batang. dr janda sampai budak wechat semua dia dh rase. SO tak ada lah istilah lelaki sundal, perempuan je yg salah.

  4. Bini pertama is queen says:

    Adui sis, nak jg menempek… bg aku yg kedua tetap 2nd class…da tau laki org nakk juga… gpun yg 1 tu x ceraikan… lau gitu yg kedua ketiga just touch and please go… powerbank gitu…

  5. Anonymous says:

    Nak minta simpati pula bini ke2 ini
    Dah itu yg kau pilih tak perlulah bersuara mendayu2. Kau juga yg terkangkang dengan batang retis nak juga bising2, mcm wan sakinah.
    Nak cakap asyraf tidak jolok ada pula anakkan buktinya. Itu yg awak mau kan.
    Peliharalah asyraf tu. Awak dah tahu dia ada bini tapi nak juga batang asyraf, atau nak jadi izreen dengan ude exten masjid sampai teroboh masjid.
    Peganglah batang asyraf tu kuat2 spy tidak balik ke no 1.awakkan yg dicintainya klu x mana dia berbinilagi kalau no1 dia cintai dah tawar hatilah itu. Inilah masa awak rebut pegang batangnya jgn lepas2 alang2 berlaki retis.

Loading...