Tidak Sangka Ramai Teruja Saya Bakal Bergandingan Dengan Zul Ariffin – Neelofa

Hiburan

Tidak Sangka Ramai Teruja Saya Bakal Bergandingan Dengan Zul Ariffin – Neelofa

Pelakon dan pengacara Neelofa menerusi rancangan MeleTOP Selasa lalu mengumumkan beliau bakal bergandingan dengan aktor kacak Zul Ariffin dalam drama terbaru adaptasi novel, Ti Amo SweetHeart 100 Hari karya Suri Ryana. Menurut Neelofa, ia adalah hadiah buat peminatnya yang selama in menyokong beliau.

Advertisement

Khabarnya penggambaran drama tersebut bakal bermula Sabtu ini dan diarahkan oleh Michael Ang. Peminat Neelofa menyambut baik berita tersebut dan sudah teruja untuk melihat “chemistry”  kedua-dua pelakon itu.

Tidak menjangka akan mendapat sambutan yang hangat, Neelofa memberitahu beliau akan memberikan yang terbaik dalam lakonannya dan berharap peminat sabar menantikan drama tersebut yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Tidak sangka pula ramai yang teruja dan gembira tetapi saya berterima kasih kepada peminat yang menyokong. Memang sengaja saya buat kejutan sempena ulang tahun kelahiran saya tidak lama lagi. Insya-Allah, kami akan menjalani penggambaran di Rome, Itali pertengahan bulan ini dan drama tersebut akan ditayangkan tidak lama lagi.

Walaupun drama ini belum lagi bermula, kami lihat sudah ada peminat yang mewujudkan hashtag khas untuk Neelofa dan Zul. Sama-sama kita nantikan gandingan mereka berdua, adakah fenomema baru pula bakal tercetus?

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...