Tidak Pernah Turunkan Tangan Kanan Sejak 48 Tahun Lalu, Lelaki Ini Lakukan Sebagai Tanda Taat

Kehidupan

Tidak Pernah Turunkan Tangan Kanan Sejak 48 Tahun Lalu, Lelaki Ini Lakukan Sebagai Tanda Taat

Seorang lelaki di India dilaporkan tidak pernah menurunkan tangan kanannya selama 48 tahun, menurut laporan Harian Metro.

Individu yang dikenali sebagai Sadhu Amar Bharati itu telah bertindak mengangkat tangan kanannya ke udara sejak tahun 1973.

Advertisement

Malah, dia tidak merancang untuk menurunkan tangan kanannya itu demi kepercayaan yang dianutinya.

Difahamkan, Sadhu yang memiliki isteri serta tiga orang anak pernah bekerja di sebuah bank namun meninggalkan kehidupan dunia demi keamanan.

Lelaki India angkat tanganSumber : Google  

Kisahnya kembali menjadi perbualan masyarakat India apabila foto yang menunjukkan keadaan tangan dengan kuku jarinya yang panjang masih kekal pada posisi yang sama sejak dahulu.

Sadhu mendedikasikan kehidupannya kepada tuhan Hindu iaitu dewa Shiva dan memutuskan untuk mengangkan tangan serta mengekalkan kedudukan itu sebagai tanda keimanan dan taat.

Dedah lelaki itu, dia telah menghabiskan masa selama dua tahun pertama dalam kesakitkan namun penderitaan itu mula beransur hilang sehingga kini dia tidak merasa apa-apa.

wanita berbasikal berlakon OKU
2 years ago

Aksi Sekumpulan Wanita 'Rider' Basikal Persenda OKU Bangkit Amarah Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...