Tidak Perlu Jelaskan Semua Yang Terjadi Dalam Hidup Saya – Elfira Loy

Hiburan

Tidak Perlu Jelaskan Semua Yang Terjadi Dalam Hidup Saya – Elfira Loy

Tiba-tiba dikhabarkan sudah bertemu pengganti dan telah mengikat tali pertunangan baru-baru ini secara senyap dengan seorang anak Datuk, pelakon Elfira Loy kini dihimpit dengan pelbagai persoalan dan kontroversi.

Advertisement

Terpalit dengan pelbagai isu hangat, Elfira mengakui beliau ingin menjelaskan banyak perkara tetapi akhirnya membuat keputusan untuk berdiam diri sahaja kerana apa yang terjadi adalah ketentuan takdir yang sudah tertulis untuknya.

Pada masa yang sama, Elfira yang memuat naik luahan hatinya itu di akaun Instagram meminta agar masyarakat tidak terus menghukum dirinya.

Terdahulu, Elfira didakwa sudah muflis kerana berhutang dengan seorang individu sehingga kes tersebut dibawa ke mahkamah. Ada yang kata, beliau hanya mempermainkan cinta teman istimewanya kerana hendak mencari lelaki kaya yang boleh mennyelesaikan segala hutangnya. Belum lagi isu tersebut reda, Elfira ‘diserang’ oleh seorang gadis yang menyindir dan turut menuntut beliau membayar pula hutang adiknya, Ezzrin Loy.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...