Tidak Mampu Bertahan Diamkan Diri, Faiz Roslan Kembali Aktif Di Instagram

Hiburan

Tidak Mampu Bertahan Diamkan Diri, Faiz Roslan Kembali Aktif Di Instagram

Tertekan dengan kecaman netizen gara-gara video parodi tidak senonoh pada bulan Ramadhan serta pengakuan secara terbuka tidak puasa dan solat, Instafamous Faiz Roslan mengatakan dia akan mendiamkan diri buat sementara waktu dan enggan membuat sebarang video untuk tempoh yang agak lama dan sudah menutup akaun Instagramnya

Advertisement

Namun, sebagai seorang remaja yang sudah terbiasa dengan teknologi dan menjadikan media sosial sebagai medium untuk meraih populariti, Faiz telah kembali “menghidupkan” semula akaun Instagramnya.

Menerusi beberapa Insta Story dan foto yang dimuat naik, Faiz nampaknya tenang sahaja dan seakan sudah tidak kisah sekiranya dikritik ramai lagi.

Harapnya Faiz tidak mencetuskan sebarang kontroversi dan membangkitkan isu sensitif lagi selepas ini.  Fikir sebelum memuat naik sesuatu di media sosial, jadikan perkara lalu sebagai pengajaran.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...