Tidak Mahu Penonton Muak, Nur Fazura Mahu Elak Berlakon Dengan Fattah Amin

Hiburan

Tidak Mahu Penonton Muak, Nur Fazura Mahu Elak Berlakon Dengan Fattah Amin

Harapan peminat Fattzura untuk melihat kedua-dua selebriti pujaan mereka terus bergandingan dan mencipta keserasian dalam drama-drama lain selepas ini tidak kesampaian apabila Nur Fazura memberitahu beliau ingin mengelak untuk berlakon dengan Fattah Amin.

Advertisement

Telefilem Wanita Terindah adalah kemunculan terakhir mereka bersama kerana tidak mahu penonton muak melihat mereka bergandingan.

Saya mahu bergandingan dengan pelakon dan hero lain pula untuk tahun hadapan. Jadi tiada gandingan kami bersama lagi dalam masa terdekat. Saya akan mengelak untuk muncul bersama Fattah dalam mana-mana projek kerana saya rasakan kami perlu beri ruang untuk masing-masing berkarya dengan berlainan hero dan heroin. Ini strategi saya dalam lakonan dan saya tidak mahu peminat muak kerana sering melihat kami bersama.

Fenomena Fattzura sehingga hari ini masih lagi bertahan dan menjadi tumpuan sehingga ramai yang menginginkan Fazura dan Fattah benar-benar bercinta. Apa-apa pun,  mungkin langkah Fazura ini tepat untuk terus mengekalkan populariti serta kehangatan Fattzura. Iyalah, nanti korang juga yang bosan asyik-asyik hero dan heroin sama dalam drama.

Sumber Berita : Astro Gempak

Kredit Foto : kakifoto_

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...