May 28th, 2019

Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mencetuskan persoalan apabila memuat naik status memberikan bayangan dia ingin merujuk semula dengan bekas isteri, Bella Astillah.

Bella ketika dihubungi pihak media berkata, dia sendiri tidak pasti apakah maksud disebalik status Aliff itu. Buat masa ini, dia enggan memberikan sebarang komen mengenai kontroversi rumah tangganya lagi. Belum tentu status itu ditujukan kepada dirinya.

Saya tidak mahu komen kerana ia melibatkan banyak hati. Lagi pula status itu tidak tahu ditujukan kepada siapa. Kami baru bercerai dan saya pula sudah mula fokus bekerja. Saya tidak mahu orang cakap saya tak henti-henti keluar kenyataan.

Saya fokus untuk membesarkan anak sahaja. Apa-apa pun orang nak cakap, saya Cuma harap doakan sahaja yang baik-baik dengan jalan yang kami pilih.


Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan bercerai pada 16 Mei lalu selepas beberapa kali Aliff kantoi curang.

Sumber Berita : mStar Online

25 responses to “Tidak Mahu Komen Status Rujuk Aliff, Belum Tentu Untuk Saya – Bella Astillah”

  1. Sailang says:

    playboy ni bkn senang nak berubah. Sangat2 sukar. Kalau korang pernah kenal mana2 playboy, msti korang perasan, playboy ni akan ulang2 drama kecurangannya. Xberkesudahan. Lepas satu, satu lg..

    • anak makcik bawang says:

      lelaki ni aku rasa. kalau kau layan dia tiptop. atas katil, makan pakai, perangai semua. peratus tak cari lain tu lebih tinggi. tapi kalau dasar tak sedar diri, kau jaga macam mana baik tiptop atas katil pun kalau dia nak cari lain – dia cari jugak.

  2. Bonbon says:

    Bella, ko takyah layan la apa netizen cakap.Aritu berbakul2 ko kena hntam ngn netizen sbb xcerai2 lg. Lepas tu dh cerai suruh bebaik pulak. Sok lusa dtg miangnya menjalar, ko jugak nak kena hadap snsorg. Lepastu ko sedih2 bagai, netizen jugak la hentam ko.

  3. Alep ajis says:

    Si alep tu tgh sengkek tu.. job plak xde..janda tu pn dah malas nk support dia.. tu yg cari bella balik..

  4. billu says:

    biaq la dlu bella.. bg la mse sethn dua.. tgk dlu klu blh rujuk nlk then go.. tu je. xyh la wt mse tdekat ni

  5. aliff ba ta says:

    Suami ada hak untuk rujuk tanpa persetujuan isteri

    • Gepp says:

      Lol, ko hidup zaman batu ke? Kalau bella xnak, there’s nothing can force her lah. Dia manusia dewasa, dia ada hak utk decide hidup dia sendiri.

    • Ustaz Gepp says:

      Tak de sapa force pon, tapi hukum Allah tak usah lah cakap zaman batu. Hukum agama tetap hukum lah. Cuma nak perbetul kan persepsi masyarakat.

    • minah jambu say NO to drugs says:

      buat sementara biar lah bella sendirian dulu untok setahun dua biar dia tenangkn fikiran dia untok sementara waktu…dia nak hepi2 kan diri dia dulu dengan bekerja n anak dia pasal dh lama dia stress ngan laki dia punye pasal tk habis2 ngan scandal so dia nak bersendirian jangan kacau2 dia..helo aliff skarang kau pegi kt scandal kau yg kau tergila2 kan tu kau jangan kacau bella lagi ok !!

    • padan muka says:

      dulu x-hasben aku pernah nk rujuk (tanpa persetujuan), tp Alhamdulillah pejabat agama tnya aku dulu setuju ke tak. aku ckp tak, pastu terus angkat punggung, nk blah. diskas ke apa semua aku xnk. kaunseling lg aku xnk, kalau nk kaunseling, kaunseling kan laki aku tu yg x tahu halal haram. masa nk blah tu, aku sempat dgr pegawai pejabat agama tu ckp, si isteri tak setuju, jd kami xboleh buat apa2. lps dh balik tu ex-laki aku call aku marah2 sbb katanya aku dh malukan dia (dia nk rujuk tp aku reject). eh, lantak!