Tidak Kisah Tiada Media Sosial, Janna Nick Akui Buka Kembali Instagram Dek Komitmen Kerja

Hiburan

Tidak Kisah Tiada Media Sosial, Janna Nick Akui Buka Kembali Instagram Dek Komitmen Kerja

Berikutan insiden Janna Nick yang ‘diserang’ oleh peminat K-Pop dek isu mempersendakan kematian bintang K-Pop, Jonghyun (SHINee) serta memberi gelaran tidak baik kepada Lisa BLACKPINK, pelakon itu bertindak menutup kesemua akaun media sosial miliknya.

Walaubagaimanapun, selepas sehari, Janna dilihat sudah kembali aktif di laman Instagram. Malah dia turut memuat naik video promosi untuk drama yang sedang ke udara kini iaitu ‘Marry Me, Senorita’.

Advertisement

Pun begitu, pelakon itu bertindak menghadkan komen daripada pengikut walaupun semua sudah boleh mengakses laman media sosial tersebut.

janna nick

Menurut Janna, insiden tersebut kini sedang disiasat oleh pihak polis lantas dia tidak mahu memberikan komen yang panjang mengenainya.

3 years ago

Dihentam Peminat Kpop, Janna Nick Report Polis Individu Cetus Provokasi & Fitnah

Tidak kisah walaupun tiada media sosial, namun Janna terpaksa membukanya kembali memandangkan mempunyai komitmen dengan klien dan kerja.

“Secara peribadi, saya okay tiada sosial media tapi saya juga ada komitmen dengan klien. Mujur mereka memahami dan
biarlah dulu sehingga semua selesa.”

Pun begitu, akaun Twitter miliknya masih lagi belum dapat dijumpai buat masa ini.

Harapnya kes ini akan reda dengan secepat mungkin.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...