Tidak Keseorangan, Rita Rudaini Sokong Kenyataan Lana Nodin Gesa DG Hisham Berundur

Hiburan

Tidak Keseorangan, Rita Rudaini Sokong Kenyataan Lana Nodin Gesa DG Hisham Berundur

Semalam, pelakon Lana Nodin ada mengeluarkan kenyataan agar Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk segera letak jawatan gara-gara kes jangkitan COVID-19 yang semakin meningkat kes harian dari hari ke hari.

Lana Nodin
3 years ago

"Tak Habis Buat Muka Kesian.." Lana Nodin Gesa DG Hisham Letak Jawatan

Advertisement

Kenyataan tersebut nampaknya turut disokong pelakon Rita Rudaini yang menurutnya, setiap individu mempunyai hak untuk menyatakan pendapat mengenai apa-apa isu sekalipun.

View this post on Instagram

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Tambahnya lagi, hanya kerana Lana bergelar selebriti, kenyataan aktres itu sengaja diperbesarkan oleh netizen.

Kata pelakon drama Kutub Utara Kutub Selatan itu lagi, pendapat yang diutarakan Lana itu juga jelas berdasarkan pemerhatian sepanjang dua tahun pandemik COVID-19 melanda negara.

IG Story Rita RudainiSumber : Instagram Rita Rudaini  

“Isi dan fokus yang disebutkan Lana juga jelas. Tidak sama sekali menjurus kepada sebarang bentuk salah laku, hasutan dan sebagainya. Saya menyokong tindakan Lana kerana dia antara selebriti yang berani bersuara..dia bersuara bukan untuk menghentam semata-mata, tapi ingin menyampaikan realiti sebenar apa yang terjadi dengan fakta yang jelas. Rasanya ada banyak lagi perkongsian yang lebih dahsyat dibuat orang ramai.”

Terdahulu, pelakon Lana Nodin atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin,41, telah memuat naik beberapa hantaran di Instagram Storynya di mana dia telah menyifatkan DG Hisham gemar bersandiwara dan berlakon semata-mata meraih simpati rakyat Malaysia.

IG LANA NODINSumber : Instagram Lana Nodin  

Malah, dia juga tidak berpuas hati dan menganggap petugas barisan hadapan berselindung di sebalik wajah yang penat dan pura-pura sedih.

Rita juga melahirkan rasa kesal dengan sikap netizen yang suka menghentam sehingga menyentuh kehidupan peribadi artis yang dirasakannya tidak wajar untuk dilakukan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...