Tidak Keluar TV Lagi, Datuk Seri Vida Nafi Jatuh Miskin

Hiburan

Tidak Keluar TV Lagi, Datuk Seri Vida Nafi Jatuh Miskin

Dahulu, jutawan kosmetik Datuk Seri Vida begitu rancak menaja pelbagai program dan sering membuat kemunculan di televisyen untuk mempromosikan produknya.

Advertisement

Namun, sejak beliau terpalit dengan kontroversi sebagai penaja sebuah program realiti nyanyian popular, DSV sudah tidak muncul lagi di dalam mana-mana program.

Ada khabar angin mengatakan beliau kini sedang berdepan dengan masalah kewangan selepas perniagaan mata wang kripto LaVida Coin miliknya bermasalah.

Bagaimanapun, DSV menafikan beliau sudah jatuh miskin, perniagaan beliau masih lagi berjalan seperti biasa. Buat masa ini, beliau aktif mempromosikan produknya di media sosial dan ada mengeluarkan beberapa produk baru.

Astaghfirullah hal ‘azim. Apabila tak keluar televisyen, cakap begitulah. Saya aktif di media sosial. Kalau nak berunding, tiada follower, siapa yang nak beli. Empat tahun asyik berebut mikrofon. Saya sekarang sedang tunggu kalau ada rancangan baharu. Bagilah rancangan apa nak taja, makan-makan ka.

Difahamkan beliau juga bakal melancarkan single terbarunya selepas Aidilfitri. Wah, mungkinkah akan viral seperti lagu I Am Me dan Lavida Raya? Tunggu kemunculan semula DSV. Heh..

Sumber Berita : Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...