Pelakon dan pengarah terkenal, Farid Kamil telah diperintahkan untuk membayar denda sebanyak RM5,500 atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah dan mengeluarkan perkataan tidak sopan di balai polis tiga tahun lalu.
Dia sebelum ini telah dikenakan hukuman penjara selama 13 bulan namun digantikan dengan denda.
View this post on Instagram
Pesuruhjaya Kehakiman Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam membuat keputusan tersebut selepas membenarkan rayuan pelakon terhadap hukuman penjara tersebut.
Maklum Nurulhuda, Farid dibenarkan untuk membayar denda sebanyak amaun tersebut setelah mengambil kira bayaran pampasan yang dibayarnya dalam bentuk kompaun kepada dua pihak, termasuklah anggota polis terbabit.
View this post on Instagram
Selain itu, pelakon filem Lagenda Budak Setan itu juga telah menyesal serta memohon maaf ketika perbicaraan berlangsung.
Terdahulu, pada 2 Jun 2020, Farid Kamil telah dijatuhi hukuman penjara 13 bulan bagi kesalahan melibatkan kekerasan jenayah serta mengeluarkan perkataan tidak sopan kepada anggota polis.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
anonymous
August 24, 2021 at 4:16 pm
tu la pasal boleh lepas jail tuh
Deanna
August 24, 2021 at 3:10 pm
knp mahkamah dunia selalu x adil, part kayangan aja just saman x perlu penjara, funny rite
anonymous
August 24, 2021 at 12:09 pm
tak tanya pun
brunes
August 24, 2021 at 11:52 am
from my understanding.. yang dakwa dia dulu tu org yg ada cable. sekarang org tu tak berkuasa lagi.. maka he is punished accordingly. kalau dia ada kabel confirm dia lepas any denda. sometimes we need to read in between the lines
anonymous
August 24, 2021 at 10:14 am
ada kabel ka