Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tidak Akan Adakan Majlis Pengumuman Jantina Anak – Elfira Loy

Memasuki trimester kedua kehamilan dengan usia kandungan sudah mencecah enam bulan, pelakon Elfira Loy memberitahu dia belum melakukan sebarang persediaan, termasuklah membuat keputusan untuk melahirkan anak pertamanya itu di mana-mana hospital atau pusat perubatan.

Advertisement

Elfira akui dia berdebar menanti detik kelahiran bayi sulungnya. Macam-macam perkara yang difikirkan, termasuklah merasa takut untuk bersalin.

Tak ada persediaan memandangkan kandungan saya baru nak masuk enam bulan. Cuma buat masa sekarang, saya ada lakukan check up di klinik swasta. Kalau ditanya di hospital masa untuk bersalin saya tak pilih lagi sebab takut.

Kalau lakukan kaedah pembedahan, perasaan tersebut tidaklah rasa takut sangat. Cuma rasa takut terjadi sebabnya saya mahu bersalin cara normal kalau boleh.

Walaupun teruja untuk menimang cahaya mata pertama, Elfira dan suaminya, Faris K Anuar tetap ingin bersederhana sahaja. Elfira berkata dia tidak akan mengadakan majlis pengumuman jantina dan mahu ia menjadi kejutan.

Buat masa ini kami belum beli sebarang keperluan anak yang bakal lahir dan tiada majlis pengumuman jantina akan dilakukan. Biarlah ia jadi kejutan.

Tentunya bila ada anak nanti, kehidupan akan berubah seratus peratus dan lebih banyak tanggungjawab harus dilaksanakan. Bagaimanapun, Elfira tidak bimbang mengenai perkara itu dan teruja menyandang tugas sebagai seorang ibu.

Sumber Berita : Media Hiburan

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

20 Comments

  1. Anonymous

    July 6, 2019 at 7:53 am

    Terpengaruh dgn budaya barat.. baby shower bagai. Tak perlulah rasanya. Lagi afdal kalau buat doa selamat ke, jamu anak yatim makan minum ke.

  2. Yekeni

    July 6, 2019 at 2:20 am

    Umum jantina pun pakai ada majlis? Mcm2 lah.

    I pun nak buat majlis pengumuman, nak potong rambut kasi pendek sikit pasal dah bertahun rambut panjang, dah jelak.

  3. Anonymous

    July 5, 2019 at 5:04 pm

    ok fine… faham kene cover account lepas sanding 5x…
    tp netizen tau tgh kumpul duit tuh.. tuk majlis lepas beranak 5 6x nnti… kasi lawan brand baju anak dgn retis lain kt ig yerrr

  4. HELLO

    July 5, 2019 at 4:08 pm

    SO? SIAPA JE YANG KESAH?

  5. Anonymous

    July 5, 2019 at 3:55 pm

    siapa yang beriya sangat nak tau anak dia jantina apa?

Loading...
To Top