“Tiba-Tiba Nampak Pintu” – Tular Video Lelaki Mintak Sedekah ‘Kantoi’ Pura-Pura Buta?

Kehidupan

“Tiba-Tiba Nampak Pintu” – Tular Video Lelaki Mintak Sedekah ‘Kantoi’ Pura-Pura Buta?

Tular di aplikasi TikTok, video memaparkan seorang lelaki buta sedang dipimpin seorang wanita namun didakwa pura-pura buta untuk meminta simpati orang awam.

Menerusi video tersebut, dilihat lelaki berkenaan meminta sedekah daripada pelanggan yang sedang makan di sebuah kedai.

Advertisement

Namun, perakam video tersebut telah berjaya mengekori lelaki dan wanita tersebut sehingga terdapat sebuah kenderaan yang ‘menjemput’ mereka ditepi jalan.

lelaki

Dah macam trend cepat kaya pulak.

Sehingga kini, video berkenaan telah meraih 562.5K tontonan, 36.4K tanda suka dan 3K komen di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberi pelbagai reaksi dan ada yang memuji kegigihan si perakam yang mengekori mereka.

“Yang tukang rakam ni layak join 999,” tulis seorang netizen.

“Hahaha. Gigih noh folow. Baguih baguih,” tulis seorang lagi warganet.

@wansitisarah11

Dh mcm trend cepat kaya plak ???????#viral2022

? Mission Impossible (Main Theme) – Favorite Movie Songs

Malah, ada juga yang mula berasa sangsi dengan peminta sedekah dan meragui kejujuran mereka apabila meminta simpati orang ramai.

“Sebab orang macam ni, orang yang betul-betul memerlukan kena tempias.. aduh,” tulis seorang pengguna TikTok.

“Kawan saya kata dorang hari hari masukkan 3k dalam account. Kawan saya kerja BSN kena kirakan duit rm1,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

pengantin baru meninggal dunia disihir
9 bulan lalu

Baru 2 Minggu Bernikah, Pengantin Meninggal Dunia Kerana Buatan Sihir?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...