March 9th, 2012

Bukan senang untuk bergelar seorang selebriti terutama ketika mahu berkahwin. Pastinya banyak pihak yang ingin menaja. Lihatlah perkahwinan beberapa selebriti sebelum ini. Hampir kesemuanya mendapat tajaan yang gilang gemilang. Namun bagi Fasha Sandha dan Jejai, mereka tidak mahu menerima sebarang tajaan sebaliknya ingin berkahwin dengan wang sendiri.

fasha

Kata Fasha:-

Saya dan bakal suami tidak akan menerima sebarang tajaan daripada mana-mana pihak kerana bakal suami ingin mengeluarkan sendiri perbelanjaan untuk majlis perkahwinan kami nanti. Tambahan pula kami tidak mahu terhutang budi dengan mereka yang ingin berbuat demikian dan biarlah apa yang ada nanti datang daripada kami sendiri. Saya tidak mengimpikan gelaran wedding of the year sebaliknya berpuas hati dengan majlis sederhana kerana lebih mudah untuk menyapa dan bertemu dengan tetamu.Sebarang sidang akhbar juga tidak akan diadakan untuk hebahan mengenai perkahwinan ini kerana menghormati permintaan bakal suami

Fuh. Memang macho. Memang Abang Nara respek Fasha dan Jejai. Bukan senang untuk menolak tajaan lagi-lagi untuk selebriti sepopular Fasha. Dan Fasha turut menjelaskan mengenai perkahwinannya yang dikatakan bakal berlangsung di Bali:-

Majlis resepsi di Kuala Lumpur akan diadakan selepas akad nikah di rumah yang dibelikan oleh Jejai kepada saya dan dua acara lagi menyusul di Perlis dan sebuah lokasi luar Malaysia untuk kenalan terdekat. Tarikh untuk tiga acara itu tidak dapat didedahkan lagi buat masa ini tunggulah selepas kad kahwin diedarkan

Abang Nara rasa Abang Nara yang super excited nak tengok majlis perkahwinan Fasha Sandha dan Jejai. Tak sabar nak tengok sebab yakin pasti akan meriah bangat. Tak gitu? Kredit berita Mstar.


174 responses to “Tiada Tajaan Untuk Perkahwinan Fasha Sandha, Abang Nara Respek”

  1. Rosario says:

    Hi, I do believe this is a great site. I stumbledupon it
    ;) I’m going to return yet again since i have bookmarked it. Money and freedom is the best way to change, may you be rich and continue to guide other people.

  2. Heya this is kinda of off topic but I was wanting to know if blogs use WYSIWYG editors or if you have to manually code with
    HTML. I’m starting a blog soon but have no coding experience so I wanted to get guidance from someone with experience. Any help would be greatly appreciated!

  3. astonishing snap-shots. mini credit

  4. I quite like the standpoint. site

  5. Thanks to my father who stated to me on the topic of
    this weblog, this weblog is truly amazing.

Loading...