Tiada Sebab Saya Nak Minta Maaf, Memang Berlian Palsu – Aishah

Hiburan

Tiada Sebab Saya Nak Minta Maaf, Memang Berlian Palsu – Aishah

Penyanyi Aishah menegaskan beliau tidak akan membuat permohonan maaf kepada Datuk Seri Vida seperti yang dituntut. Sudah terbukti hadiah berlian itu adalah palsu dan pakar mengenai barang kemas juga sudah mengesahkannya.

Advertisement

Tak ada sebab saya nak minta maaf kerana sememangnya barang kemas yang saya dapat adalah berlian palsu. Bukan lab diamond bukan mossainite swiss diamond tetapi Swarovski cubic zirconia. Mana mungkin saya tarik balik kenyataan berlian palsu itu sedangkan pakar gemologi telah pun mengesahkannya.

Aishah juga enggan menarik balik sebarang kenyataan mendakwa berlian itu palsu daripada media sosialnya. Ini adalah maruah serta perjuangan serta pendiriannya sebagai anak seni. Beliau tidak mahu perkara melibatkan pihak penaja dan artis seperti ini berulang lagi serta merosakkan lagi industri.

Di mana integriti dan kredibiliti saya seandainya saya menarik balik kenyataan yang benar hanya kerana dia menawarkan barang kemas yang tak palsu. Ini melibatkan maruah kami sebagai anak seni, kami punya bakat dan kebolehan yang org lain tak ada.

Penaja ada duit untuk menaja program. Saling memerlukan situasi menang-menang apabila perkhidmatan kami buat sebaik mungkin dan pihak penaja sudah mendapat liputan yang meluas untuk produk mereka. Jadi mereka kenalah tunaikan ganjaran yang dijanjikan.

Terdahulu, DSV menerusi satu sidang media khas berkata beliau hanya akan memohon maaf dan berfikir untuk menggantikan berlian itu dengan barangan kemas lain sekiranya Aishah melaksanakan  tiga perkara yang dituntut iaitu memohon maaf, memadam segala kenyataannya berkaitan ‘berlian palsu’ itu di media sosial dan turut ingin mengadakan pertemuan serta bersemuka dengan Aishah untuk menyelesaikan segala masalah dan kemelut.

Sumber Berita & Foto : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...