Tiada Sambutan Ambang Tahun Baru 2022 Di Selangor, Digantikan Dengan Bacaan Doa Selamat Di Masjid-Masjid

Berita

Tiada Sambutan Ambang Tahun Baru 2022 Di Selangor, Digantikan Dengan Bacaan Doa Selamat Di Masjid-Masjid

Kerajaan Negeri Selangor menerusi kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan bahawa tiada sambutan ambang tahun baharu 2022 seperti yang dijadualkan sebelum ini untuk negeri itu, lapor Kosmo Online.

Anuar Ibrahim
2 years ago

"Ada Kesan Kegiatan Pembalakan, Syarikat Balak Wajib Beri Sumbangan Besar Pada Mangsa Banjir"

Advertisement

Sebaliknya, program itu akan digantikan dengan majlis tahlil, bacaan doa selamat dan zikir munajat di seluruh masjid negeri-negeri Selangor.

Sambutan tahun baru 2022

Amirudin juga memberitahu bahawa kerajaan negeri Selangor turut menggalakkan surau dan musola untuk menganjurkan majlis yang sama.

Perkara tersebut diumumkan Amirudin menerusi sebuah sidang akhbar dan program keagamaan itu akan dikendalikan Jabatan Agama Islam Selangor.

Jelasnya lagi, pihak kerajaan negeri Selangor turut menasihatkan agar syarikat dan orang-orang persendirian untuk membatalkan sebarang sambutan ambang tahun baru sebagai tanda bersimpati dengan kejadian banjir besar yang berlaku pada 18 Disember lalu.

Kejadian bencana alam terburuk pernah dicatatkan sepanjang tahun 2021 di negeri itu telah mengakibatkan lebih kurang 25 kematian dan melibatkan 44,000 mangsa banjir secara keseluruhannya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...