Tiada Penjarakan Fizikal Dan Diskriminasi, Lana Nodin Puji Pengurusan Masjid Di USA

Hiburan

Tiada Penjarakan Fizikal Dan Diskriminasi, Lana Nodin Puji Pengurusan Masjid Di USA

Pelakon yang terkenal dengan jolokan Pamela Anderson Malaysia, Lana Nodin baru-baru ini berkongsikan pengalaman menunaikan solat di sebuah masjid terletak di Amerika Syarikat.

Lana Nodin keluarga
3 bulan lalu

Pilih 'Hujan Emas' Di Negeri Orang, Lana Nodin Akui Lebih Selesa Di Amerika Syarikat

Advertisement

Ujar Lana, di sana pengurusan masjid tidak mengamalkan sebarang penjarakan fizikal dan diskriminasi vaksinasi.

Jelas pemilik nama Mazlina Hasan Nodin ini lagi, saf masjid di Amerika Syarikat juga tidak dijarakkan dan jemaah boleh menunaikan solat sama seperti keadaan sebelum COVID-19.

Advertisement

Alhamdulillah dengan izinnya masjid ini hanya beberapa minit sahaja dari tempat tinggal kami. Suprisingly ramai umat Islam menunaikan solat jumaat dan semasa kami solat jumaat, saf di sini tak ada penjarakan sama seperti saf sebelum wujudnya COVID dan tiada diskriminasi yang dikenakan untuk memasuki masjid ini.

Lana berkongsikan mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Dia dalam pada itu turut mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabatnya yang berada di Malaysia terus dilindungi daripada dijangkiti virus COVID-19.

Terdahulu, Lana pernah berkongsi momen makan di restoran di mana dia dan keluarga tidak perlu melalui sebarang pemeriksaan suhu dan sebagainya.

Malah, Lana juga dilihat membawa anak-anaknya mandi dan berhibur di tempat awam.

Lana dan keluarga telah berangkat ke negara Uncle Sam itu pada pertengahan September 2021 dan semenjak itu dia banyak berkongsi keadaan rakyat di Amerika Syarikat dalam menghadapi fasa pandemik COVID-19.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

8 Comments

  1. Anonymous

    September 26, 2021 at 9:24 pm

    Kau gatal ****** ke pegi ambik video kat ruang solat lelaki? Oooo kalau lelaki g ambik video tempat solat perempuan terus kau menggelabah tetek cakap gile seks la ape la, tapi kalu selamba kau je pegi ambik video tempat lelaki? Ape kau gatal ***** ke? Kau x puas ke yg laki kau sampai kau nk p cari mat salleh lain? Ke kau nk cakap ape sbnrnye? Kau nk cakap kau 1st time g masjid ke? Kat malaysia x de plak ko nk pegi? Kat sane kau menggelabah pulak pegi smate2 sbb nk tunjuk 1 dunia yg ko x vaksin tp bebas? Aurat pun x tutup ade hati nk bercakap ttg agama. Kalau ko nk tahu di mana kau di sisi Allah, kau kne tengok di mana kau letak Allah dlm hidup kau. Aurat kau tutup ke tak? Apa yg Allah suruh kau buat ke tak? Ape yg Allah larang kau tinggal ke tak? Mulut kau, akhlak kau, kau bercakap n berakhlak dengan akhlak alquran ke tak?

  2. Anonymous

    September 26, 2021 at 9:09 pm

    Tin kosong memang kuat bunyi eh?

  3. Anonymous

    September 26, 2021 at 6:19 pm

    Actually, what is her real problem & intention? Nak hujan emas? Go ahead. Nak comment solat kat masjid, ni..nk tanya, solat kat rumah cukup x 5 kali sehari? Jgn la riak sgt. Benda tunjuk2 ni…akan jadi riak & sbbkan ramai yg dengki. Towards the end, ramai yg akan doa yg x baik2. So please, just do what is necessary & if you think what you’re doing will benefit you & your family, then, you do you.

  4. Pening

    September 26, 2021 at 6:04 pm

    Syukur aja kat sana dah bebas wabak corona, x perlu provoke dan beza2. Negara asia masih ada tinggi virus itu, so auka x suka kena ikut SOP, x faham org mcm gini

  5. m2 test

    September 26, 2021 at 10:41 am

    test comment

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...