Tiada Lagi Babak Bersentuhan Ketika Berlakon – Mawar Rashid

Hiburan

Tiada Lagi Babak Bersentuhan Ketika Berlakon – Mawar Rashid

Sudah sah bergelar isteri kepada Raf Yakoob, Mawar Rashid mendapat restu daripada suaminya untuk terus bergiat aktif dalam kerjaya seni.

Advertisement

Namun, Mawar kini akan lebih berhati-hati dalam lakonan demi menjaga batasnya sebagai seorang wanita yang sudah berkahwin dan menegaskan beliau tidak akan melakonkan babak bersentuhan lagi.

Alhamdulillah, suami memberikan restu untuk teruskan kerjaya seni, tetapi saya perlu lebih berhati-hati dalam menjaga keperibadian. Insya-Allah, selepas ini saya tidak akan lagi menjayakan babak bersentuhan dalam lakonan. Suami tidak pernah meletakkan syarat itu, sebaliknya saya perlu lebih berhati-hati.

Kami setuju dengan Mawar. Sebagai seorang isteri beliau bukan sahaja harus menjaga maruah suami tetapi diri sendiri juga. Janganlah nanti, timbul pula komen negatif ataupun fitnah sekiranya Mawar melakonkan aksi bersentuhan. Semoga prinsip ini kekal.

Sumber Berita : Hip Berita Harian

Kredit Foto : kakitembak_fotografi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...