“Tiada Jodoh Di Dunia, Mungkin Jodoh Saya Di Alam Sana..” – Anuar Zain

Hiburan

“Tiada Jodoh Di Dunia, Mungkin Jodoh Saya Di Alam Sana..” – Anuar Zain

Penyanyi bersuara lunak, Anuar Zain yang bakal menginjak umur 52 tahun pada Februari ini mengakui dirinya masih memikirkan soal jodoh.

Kata Anuar, sememangnya sudah menjadi fitrah manusia untuk mencintai dan dicintai dan jika ditakdirkan sudah sampai masanya untuk dia jatuh cinta, pasti akan diterima dengan hati terbuka.

Advertisement

Jelas penyanyi lagu Sedetik Lebih ini lagi, dia hanya mampu berdoa kerana soal jodoh itu adalah rahsia Allah S.W.T.

Percaya atau tidak, saya masih lagi memikirkan soal jodoh. Saya percaya institusi perkahwinan kerana itu adalah sunnah dan seelok-eloknya buat kita.

Meskipun banyak kedengaran berita mengenai penceraian suami isteri di media sosial, namun Anuar tidak takut untuk bergelar seorang suami.

Saya lebih suka melihat dari aspek positif seperti bagaimana pasangan menjaga kerukunan rumah tangga dan kekal bahagia. Momen itu pada saya sangat manis.

Cerita Anuar, dia pernah dilamar oleh peminatnya sendiri malah ibu bapanya juga ada berhasrat untuk menjodohkan dirinya dengan anak-anak kawan mereka.

Dalam pada itu, Anuar berkata dia lebih memikirkan karakter seseorang berbanding rupa dan ciri fizikal.

“Bagi saya karakter dan personaliti adalah paling penting. Kena sentiasa positif. Saya suka berborak pasal isu semasa dan hal berkaitan sejarah. Saya mahu berjumpa seseorang yang boleh bersembang apa sahaja..” maklum Anuar.

Adik kepada penyanyi lagenda Ziana Zain ini berkata bahawa dia percaya pada qada dan qadar serta reda jika ditakdirkan untuk terus hidup bujang buat selamanya.

“Saya terima apa sahaja takdir Allah dengan hati terbuka. Kalau ada jodoh, saya akan terima. Tapi jika tiada jodoh di dunia, mungkin jodoh saya di alam sana.” ujarnya.

anuar zain
2 years ago

Main TikTok Pula, Anuar Zain Kata 'Only Positive Vibes', Hanya Suka-Suka Hiburkan Peminat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...