Tiada Cincin Kahwin Di Jari Laudya Cynthia Bella Cetus Spekulasi

Hiburan

Tiada Cincin Kahwin Di Jari Laudya Cynthia Bella Cetus Spekulasi

Sekitar minggu lalu, khabar angin bertiup kencang mengatakan rumah tangga pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella sedang berantakan gara-gara bertindak memadam semua foto bersama suaminya, Engku Emran termasuklah foto pernikahan mereka di akaun Instagram miliknya baru-baru ini. Malah, dia juga turut dikatakan tidak lagi mengikuti akaun Instagram suaminya.

Laudya Cynthia Bella

Advertisement

Terbaru, status perkahwinan Bella sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila dia muncul di sebuah majlis tanpa memakai cincin perkahwinannya dan sekaligus mencetuskan spekulasi rumah tangganya dilanda badai.

Bagaimanapun, menerusi sebuah wawancara Status Selebritis yang dimuat naik di Youtube SCTV Ahad lalu, Bella mengaku telah minta izin suaminya untuk pulang ke Jakarta selama 10 hari.

cincin kahwin Laudya Cynthia Bella cincin kahwin Laudya Cynthia Bella

Izin pergi dari suami tu paling lama 10 hari. Filem setahun cuma boleh satu filem. Kalau bisnes dia lebih sokong. Kerana menurut dia saya boleh lebih belajar.

Bagaimanapun, gambar-gambar Bella masih lagi berada dalam akaun Intagram suaminya.

Laudya Cynthia Bella Engku Emran

Terdahulu, Bella pernah memberitahu dia tidak akan lagi memuat naik foto suaminya kerana ingin menjaga privasi selain tidak mahu Engku Emran menjadi sasaran wanita ‘kaki sondol’ atau perampas.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...