Throwback Kontroversi Terhangat Sepanjang Tahun 2019

Hiburan

Throwback Kontroversi Terhangat Sepanjang Tahun 2019

Tahun 2018 akan melabuhkan tirainya dan sepanjang tahun ini pelbagai kontroversi hangat melibatkan artis menggemparkan industri hiburan tempatan. Lebih mengejutkan, antara kontroversi paling ‘trending’ melibatkan dua pendakwah selebriti.

kontroversi tahun 2019

Advertisement

Sebagai portal hiburan sensasi, kami di BeautifulNara tidak pernah ketinggalan untuk memaparkan setiap cerita-cerita panas ini. Jom kita  ‘recap’ kontroversi paling hangat 2019 dengan membaca entri ini sepenuhnya. Layann..

PU ABU & DA’I FARHAN CERAIKAN ISTERI SEDANG HAMIL

pu abu

Dua pendakwah selebriti iaitu Pencetus Ummah Abu dan Da’i Farhan dikecam teruk netizen apabila menceraikan isteri mereka ketika sedang hamil semata-mata ingin mengejar cinta baharu.

Kedua-duanya menceraikan isteri mereka melalui aplikasi WhatsApp dan dilabel sebagai penunggang agama oleh netizen. Kontroversi mereka ini tidak dinafikan mengalahkan artis tempatan.

da'i farhan

BACA : Pencetus Ummah Abu Didakwa Ceraikan Isteri Sedang Mengandung Kerana Ingin Kahwin Ibu Tunggal

BACA : PU Abu Nafi Nikah Dengan Janda Secara Senyap-Senyap Di Thailand

BACA : Peguam Dedah Da’i Farhan Ceraikan Isteri Pertama Menerusi WhatsApp?

BACA : Da’i Farhan Dedah 18 Wanita Minta Jadi Isteri Kedua

BACA : Da’i Farhan Bahagia Sudah Bercerai, Bekas Isteri Maafkan Tapi Tak Mampu Melupakannya

Gelaran Dewi Remaja Haneesya Hanee Ditarik Balik

haneesya haneeBuat pertama kali dalam sejarah, gelaran Dewi Remaja 2018/2019 yang dimahkotakan kepada Haneesya Hanee, ditarik balik gara-gara kontroversi kelab malam dan meminum arak.

Penarikan gelaran itu dilakukan selepas pihak pengurusan selesai melakukan siasatan mendalam dan mendapati pemenang ini telah melanggar syarat penyertaaan.

Haneesya hanya sempat menyandang gelaran Dewi Remaja 2018/2019 yang dimenanginya kurang dari 72 jam. Pihak penganjur juga mengumumkan tiada pemenang Dewi Remaja bagi musim tersebut.

BACA : Video Mirip Haneesya Hanee Di Kelab Malam Tersebar, Juara Dewi Remaja Perlu Tampil Beri Penjelasan

BACA : Kontroversi Kelab Malam Dan Arak : Gelaran Dewi Remaja 2018/2019 Haneesya Hanee Ditarik Balik

Aliff Aziz Terus Bikin Kontroversi 

aliff azizBila berbicara tentang selebriti berasal dari Singapura iaitu Aliff Aziz, memang tahun ini dia kurang bernasib baik. Dihimpit dengan pelbagai kontroversi.

Bermula dengan kes curang bersama beberapa orang wanita termasuk pelakon baharu Oktavia Manrose, mencuri duit seorang artis Indonesia, mencacah tatu nama Bella Astillah, bercerai dan kemudiannya ditahan pihak polis kerana mabuk serta mencetuskan kekecohan, bergaduh di Orchard Road, Singapura.

BACA : (GOSIP) Individu Dakwa Nampak Aliff Aziz Dan Oktovia Manrose Berpegangan Tangan?

BACA : Curi Wang Artis Indonesia, Aliff Aziz Didakwa Di Mahkamah Singapura

BACA : (VIDEO) Aliff Aziz Dan Bella Astillah Sah Bercerai Talak Satu

BACA : (VIDEO) Imej Berubah Dan Ukir Tatu Nama Bella, Apa Sudah Jadi Dengan Aliff Aziz?

BACA : (VIDEO) Aliff Aziz Ditahan Polis, Ganggu Ketenteraman Awam Ketika Mabuk

Foto Manja Emma Maembong Dan Syed Abdullah

emma maembong syed abdullah

Foto aksi manja pelakon Emma Maembong bersama abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Abdullah menjadi bualan hangat netizen. Menerusi foto yang tersebar, Emma dilihat tidak bertudung dan memeluk erat Syed Abdullah.

Mereka terus dihimpit kontroversi selepas sekeping lagi foto yang mengaitkan Emma dan Syed Abdullah berdua-dua di dalam sebuah bilik.

Emma bagaimanapun tampil menafikan wanita yang berada di celah kangkang Syed Abdullah itu adalah dirinya.

BACA : Foto Wanita Mirip Emma Maembong Tidak Bertudung Dan Mesra Dengan Seorang Jejaka Tersebar?

BACA : Syed Saddiq Buka Mulut Isu Abang Dan Emma Maembong

Aksi Peluk, Dukung Zul Ariffin Dan Intan Najuwa

Foto terlebih mesra Zul Ariffin mendakap erat  heroinnya, Intan Najuwa dengan penuh intim telah mengundang kemarahan netizen. Sekali pandang, betul-betul seperti pasangan bercinta yang “lemas” dalam asmara.

Rata-rata netizen menganggap aksi mereka itu keterlaluan apatah lagi Intan Najuwa bergelar tunangan orang. Lebih panas lagi apabila seorang pengarah menafikan aksi peluk, dukung dan basalah lencun tersebut merupakan salah satu babak dalam drama yang dibintangi oleh kedua-dua orang pelakon tersebut.

BACA : Basah Lencun, Foto Babak Panas Zul Ariffin Dan Intan Najuwa Tersebar

BACA : Adegan ‘Mesra’ Zul Ariffin Dan Intan Najuwa Tiada Dalam Skrip – Pengarah ‘Setelah Ku Dimiliki’

Kes Perceraian Sharnaaz Ahmad Dan Noor Nabila

sharnaaz ahmad cerai

Kes perceraian di kalangan selebriti sentiasa menjadi topik perbincangan ramai, antara yang mendapat perhatian adalah kes perceraian pelakon Sharnaaz Ahmad dan kakak Neelofa iaitu Noor Nabila.

Nabila memfailkan permohonan cerai secara baik pada 27 Ogos lalu. Selain tiada persefahaman dan tinggal berasingan sejak Februari 2018,  Nabila dalam tuntutan perceraiannya memberikan alasan bahawa Sharnaaz memberi nafkah zahir yang tidak mencukupi iaitu hanya RM500 sebulan, walaupun mampu untuk memberi lebih daripada itu.

Sharnaaz menolak permohonan isterinya itu untuk bercerai dan memfailkan nusyuz terhadap Nabila. Kes mereka sehingga hari ini masih lagi berlanjutan dan diperintah untuk jalani proses timbang tara.

BACA : Noor Nabila Sah Failkan Perceraian Terhadap Sharnaaz Ahmad

BACA : Nafkah RM500 Sebulan Tidak Cukup Punca Noor Nabila Tuntut Cerai?

BACA : Sharnaaz Ahmad Fail Nusyuz Terhadap Noor Nabila

BACA : Tiada Ruang Berdamai, Kes Cerai Sharnaaz Ahmad Dan Noor Nabila Berlanjutan

Video Panas Mirip Zul Ariffin Tersebar

video panas zul ariffin

Mengakhiri tahun 2019, video aksi panas miripnya pelakon Zul Ariffin pula tersebar di Twitter. Namun, tuan empunya diri menafikannya dan tidak mustahil dia menjadi mangsa ‘deepfake’. Video berkenaan disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mahu memburukkan imejnya.

BACA : Jadi Mangsa Deepfake – Zul Ariffin Jelas Kontroversi Video Panas

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...