Throwback Kontroversi Terhangat Sepanjang Tahun 2018

Hiburan

Throwback Kontroversi Terhangat Sepanjang Tahun 2018

Tahun 2018 akan melabuhkan tirainya dan semestinya sepanjang tahun ini pelbagai kontroversi hangat melibatkan artis menggemparkan industri hiburan tempatan.

Advertisement

Sebagai portal hiburan sensasi, kami di BeautifulNara tidak pernah ketinggalan untuk memaparkan setiap cerita-cerita panas ini. Jom kita  ‘recap’ kontroversi paling hangat sepanjang 2018

VIDEO LUCAH SYAFIQ KYLE TERSEBAR

Kecoh di media sosial apabila video seorang lelaki mirip pelakon Syafiq Kyle beronani sambil video call bersama seorang ‘perempuan’ bernama Mira tersebar. Ramai juga yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan menjual video tersebut pada harga RM 20.

Bagaimanapun, Syafiq tidak mengiyakan atau  menidakkan kontroversi yang melanda dirinya itu.

BACA : Kontroversi Video Lucah : Ada Pihak Dakwa Mira ‘Virtual Crush’ Syafiq Kyle?

IZREEN AZMINDA DIKECAM PUNCA INTAN DAN UDE BERCERAI

Tindakan pelakon Izreen Azminda berkahwin secara senyap dengan suami orang iaitu Ude Wahid pada tahun lalu membuatkan netizen berang. Pelbagai isu yang timbul sehingga wujudnya perang dingin antara Ude dan Intan ketika itu sehingga mereka akhirnya bercerai talak satu.

Rata-rata netizen menyalahkan Izreen atas perpisahan itu sehingga dilabel pemusnah rumah tangga orang lain. Bagaiamanpun, Ude pernah menegaskan Izreen tiada kena mengena dalam isu perceraiannya. Tidak tahan terus dikecam, Izreen sehingga hari ini menutup ruangan komen pada akaun Instagramya.

BACA : Jangan Kaitkan Saya Dengan Perceraian Suami Dan Isteri Pertamanya – Izreen Azminda

ELFIRA LOY DAN SUFIAN SUHAIMI PUTUS TUNANG

Mengadakan majlis pertunangan secara besar-besaran pada Oktober 2017 dan merencana untuk bernikah pada Mac 2018, ramai yang digemparkan dengan berita putus tunang pelakon Elfira Loy dan penyanyi Sufian Suhaimi sekitar bulan Februari lalu.

Pelbagai spekulasi tercetus mengenai kisah putus tunang itu termasuk ada khabar angin mengatakan hantaran tinggi menjadi punca mereka tidak jadi berkahwin.

Namun, selepas beberapa bulan berpisah dengan Sufian, Elfira sudah bertemu pengganti dan kini sedang menghitung hari untuk bergelar isteri kepada Faris K Anur yang merupakan anak kepada seorang usahawan bergelar Datuk.

BACA : Wang Hantaran Tinggi Punca Sufian Suhaimi Dan Elfira Loy Tidak Jadi Kahwin?

PELANCARAN TUDUNG NEELOFA DI KELAB MALAM

Nama selebriti popular Neelofa hangat diperkatakan selepas memilih pusat hiburan sebagi lokasi majlis pelancaran koleksi hijab terbarunya dan juga sambutan hari jadinya awal penghujung Februari lalu. Isu ini menjadi viral apabila ada tetamu  wanita bertudung berjoget sakan semasa majlis tersebut.

Neelofa bagaimanapun tidak ambil pusing dengan sebarang kritikan dan menjelaskan beliau mempunyai alasan tersendiri dalam memilih lokasi tersebut.

BACA : Netizen Persoal Neelofa Lancar Tudung Di Kelab Malam

DATUK FARID KAMIL TAMPAR POLIS DAN POSITIF DADAH

Awal tahun 2018 industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita dimana pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil didakwa telah menampar seorang anggota polis dan juga orang awam di Balai Polis Cawangan Trafik, Kota Damansara.

Selepas tangkapan dan siasatan dijalankan, Farid disahkah positif dadah jenis ganja. Farid bagaimanapun membuat laporan polis dan mendakwa dirinya dianiaya tiga rakan artis yang mencemarkan minumannya dengan dadah sehingga berkelakuan ganas.

BACA :Farid Kamil Aktor Yang Ditahan Tampar Polis, Jalani Ujian Air Kencing

HAQIEM RUSLI DIKECAM KERANA GIMIK DEPRESI

Penyanyi BBNU, Haqiem Rusli mula menjadi bualan hangat netizen ketika beliau mengumumkan mahu menarik diri dari dunia hiburan kerana mengalami masalah kemurungan. Ketika itu, ramai yang bersimpati dengan beliau dan ada dikalangan rakan artis memberikan kata-kata semangat untuk beliau terus kuat.

Namun, Haqiem didakwa sengaja menggunakan gimik beliau depresi bagi mempromosikan single terbarunya. Kali ini, beliau bukan sahaja menerima kecaman netizen, malah daripada rakan artis juga yang merasakan diri mereka tertipu dengan permainan Haqiem. Bagi mereka, depresi bukanlah isu yang harus dibawa main-main dan tindakan Haqiem itu memang tidak wajar.

BACA :(VIDEO) Saya Tidak Tipu Ada Depresi, Minta Maaf Atas Kesilapan Yang Dilakukan – Haqiem Rusli

FATHIA LATIFF, ZARINA ANJOULIE DAN ISMAIL IZZANI

Gambar pelakon Fathia Latiff serta Zarina Anjoulie memeluk penyanyi Ismail Izzani di kelab malam menjadi kontroversi paling hangat pada September lalu. Bukan itu sahaja, Fathia dan Zarina turut mendedahkan mereka terpaksa memuat naik foto tersebut kerana Ismail dikatakan tidak membayar bil hotel selepas memadu asmara dengan teman wanitanya.

BACA: (VIDEO) Kau Dah ‘Sedap’ Dengan GF, Aku Yang Kena Bayar Bill Kau – Zarina Anjoulie Bongkar Rahsia Ismail Izzani

ALIFF SYUKRI  LABEL WANITA HODOH MACAM BOMOH DAN HINA WARNA KULIT DI GV 5

Jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri tidak pernah lekang dengan kontroversi dan beliau juga dikenali sebagai seorang yang ‘cakap lepas’ dan suka berkongsi segala aktivitinya di media sosial.

Gara-gara ingin membuat gimik bagi melariskan produk pemutih kulitnya, Aliff ketika siaran langsung konsert Gegar Vaganza 5 menghina seorang wanita berwajah seperti bomoh.  Bukan itu sahaja, beliau turut didakwa menghina warna kulit penyanyi India, Santesh yang terkenal menerusi lagu Amelina.

BACA : (VIDEO) Netizen Label Aliff Syukri Kurang Ajar, Kutuk Warna Kulit Penyanyi Santesh Dan Cari Penonton ‘Ugly Women’

 

 

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...